Menyambut Idul Fitri
EDITOR/SUNTINGAN : MOHD ZAILANI RIDZWAN
بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين.
Menyambut Hari Raya Fitri
Ramadhan
yang penuh barkat, diisi dengan berbagai-bagai amal salih. Sembahyang
fardu, sembahyang rawatib, sembahyang terawih, dan sembahyang-sembahyang
sunat yang lain, di samping berpuasa. Juga bersedekah samada yang wajib
atau yang sunat. Juga tadarrus dan membaca al-Quran, zikir, selawat
dan doa. Setengah daripada kita pula, bangun pada malam Ramadhan
khususnya pada 10 malam yang akhir untuk qiyam al- layl di masjid. Semoga Allah jadikan kita dari kalangan orang yang bertakwa dan semoga Allah kurniakan kita laylah al-qadr. Amin, Ya Rab al-`Alamin.
Orang yang bertakwa, termasuk orang yang dikurniakan Allah laylah al-qadr dia
akan benar-benar tunduk kepada Allah mengerjakan segala
perintah-perintahNya dan benar-benar tunduk kepada Allah, dengan
melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Sesungguhnya semua bentuk amal ibadah yang kita lakukan dalam bulan
Ramadhan, sembahyang, puasa, zakat, sedekah, tadarrus al-Quran, membaca
al-Quran, zikir, selawat, doa dan lain-lain, semuanya adalah membentuk
pelakunya menjadi insan yang bertakwa, iaitu insan yang melaksanakan
segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya, di sepanjang
hidupnya, samada dalam bulan Ramadhan atau pada bulan-bulan yang lain,
sehinggalah dia meninggal dunia. Insan yang bertakwa faham tuntutan
ibadah-ibadah yang dilakukan, dan sentiasa melaksanakan tuntutan
ibadah-ibadah tersebut. Dengan itu ibadah-ibadah yang dilakukan itu mempunyai kesan yang amat baik terhadap dirinya.
Mengenai sembahyang Allah berfirman:
{وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ } [العنكبوت : 45
Bermaksud: Dan hendaklah kamu mendirikan sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu menegah dari fahsha' dan mungkar.
Dengan ini sembahyang menuntut pelakunya menjauhi fahsha' dan mungkar. Fahsha’ adalah
dosa-dosa besar seperti zina. Manakala mungkar pula adalah sesuatu yang
dilarang oleh syarak, samada melakukan perkara yang dilarang seperti
minum arak, atau meninggalkan yang disuruh, seperti tidak mengerjakan
sembahyang fardu. Mungkar merangkumi segala bentuk dosa yang besar dan
yang lainnya.
Mengenai puasa Allah berfirman:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ } [البقرة : 183]
Bermaksud: Wahai mereka
yang beriman difardhukan ke atas kamu puasa sebagaimana difardhukan ke
atas mereka yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.
Sifat orang yang bertakwa
adalah melaksanakan segala perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Ibadah puasa menuntut/menyuruh pelakunya menjadi orang
yang bertakwa.
Mengenai puasa juga Rasulullah s.a.w. bersabda:
الصِّيَامُ جُنَّةٌ ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ. )صحيح البخارى، الصوم)
Bermaksud: Puasa itu
adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu
melakukan perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil.
Maksud perisai ialah alat
yang boleh menyelamatkan tuannya dari terkena dosa dan menyelamatkan
tuannya dari dimasukkan ke dalam neraka. Dengan itu sepatutnya puasa
yang kita lakukan menegah kita dari melakukan dosa dan menjauhkan kita
dari neraka.
Mengenai zakat dan sedekah
Firman Allah:
{خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا } [التوبة : 103]
Bermaksud: Ambillah dari harta mereka sebagai sedekah yang membersih dan menyucikan mereka dengannya.
Ayat ini menunjukkan bahawa sedekah itu menyucikan tuannya. Orang yang telah suci sepatutnya menjaga dari melakukan maksiat.
Mengenai zikir, selawat dan do`a
Firman Allah:
{فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ} [البقرة : 152]
Bermaksud: Maka hendaklah
kamu ingat kepada Aku nescaya Aku akan ingat kepada kamu, dan hendaklah
kamu bersyukur kepada Aku dan jangan sekali-kali kamu kufur kepada-Ku.
Seseorang yang ingat kepada Allah, dia tidak akan derhaka kepada-Nya. Derhaka kepada Allah bererti dia tidak syukur kepada-Nya.
Orang yang berselawat ke atas Rasul
sepatutnya dia mestilah mentaati Rasul, dengan melaksanakan suruhannya
dan meninggalkan larangannya. Bagaimana kita berselawat kepada
Rasulullah s.a.w. tetapi kita tidak mematuhi suruhan dan larangannya.
Orang yang bergelumang dengan maksiat, doanya tidak diperkenankan. Ini boleh diperhatikan dari nas berikut:
أَيُّهَا النَّاسُ
إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ
أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ يَا
أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّى
بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ) وَقَالَ (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ). ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ
يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ
يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ
وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ
لِذَلِكَ.(صحيح مسلم ، الزكاة)
Bermaksud: Wahai manusia!
Bahawasanya Allah itu baik. Dia tidak menerima kecuali yang baik.
Bahawasanya Allah menyuruh orang mukmin apa yang Dia menyuruh kepada
para rasul, Allah berfirman kepada para rasul: Wahai para rasul!
Makanlah dari yang baik-baik, dan beramallah soleh, bahawasanya Aku
amat mengetahui apa yang kamu lakukan. Dan Allah berfirman kepada
orang-orang mukmin. Wahai orang-orang mukmin! Makanlah daripada yang
baik-baik apa yang telah Kami rezekikan kamu. Kemudian Baginda menyebut
seseorang lelaki yang bermusafir lama, kusut masai, berdebu, menadahkan
kedua-dua tangannya ke langit, wahai Tuhanku! wahai Tuhanku! Sedangkan
makanannya daripada yang haram, minumannya daripada yang haram
pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dengan yang haram maka
bagaimana dia diperkenankan.
Apa yang difahamkan dari
hadith ini seseorang yang makanannya haram atau diperolehi dari yang
haram, seseorang yang minumannya dari perkara yang haram atau diperolehi
dari yang haram, seorang yang pakaiannya dari perkara yang diharamkan
seperti lelaki memakai kalong emas atau memakai sutra atau memakai
pakaian yang dihasilkan dari sumber yang haram maka doanya tidak
diperkenankan oleh Allah. Begitu juga dengan tempat tinggal yang
dihasilkan dari harta yang haram atau lainnya.
Mengenai membaca dan tadarus al-Quran Allah berfirman:
{وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ } [النحل : 89
Bermaksud: Dan Kami turunkan ke atasmu al-Quran, menerangkan bagi setiap sesuatu, petunjuk, rahmat dan kegembiraan bagi kaum muslimin.
Firman-Nya lagi:
{شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ} [البقرة : 185]
Bermaksud: Bulan Ramadhan
yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan
penjelasan mengenai petunjuk, dan pemisah (antara yang hak dengan yang
batil).
Dengan ini yang menjadi ukuran bagi
kebenaran adalah al-Quran. Betul kata al-Quran maka betullah ia.
Sebaliknya, salah kata al-Quran maka salahlah ia. Orang yang hanya
membaca al-Quran tetapi tidak mahu menjadikannya sebagi panduan hidupnya
maka al-Quran akan menemplaknya.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ
صحيح مسلم))
Bermaksud: al-Quran itu hujjah bagimu atau hujjah ke atasmu.
Hujjah bagimu bererti memberi pertolongan
kepadamu, manakala hujjah ke atasmu ialah menempelakmu atau melaknatmu.
Tidak beramal dengan al-Quran, maka al-Quran akan menempelakmu.
Allah dan Rasul-Nya telah memerintahkan
kita banyak perkara dan melarang kita banyak perkara. Kita wajib
melaksanakan segela perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Sempena dengan kedatangan shawal ini penulis akan hanya menyentuh
beberapa perkara sahaja antaranya.
Di antara perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya ialah:
Dilarang membazir dan melampau.
Membazir ialah membelanjakan harta pada
jalan yang haram. Lima sen kita belanjakan harta kita pada jalan haram
adalah adalah termasuk di dalam membazir. Membazir adalah amat dilarang.
Firman Allah:
وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا (26) إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا (27) } [الإسراء : 26 ، 27
Bermaksud: . Dan
janganlah engkau terlampau membazir, bahawasanya orang-orang yang
membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah ingkar
terhadap Tuhannya.
Marilah kita renungi jika
kita belanjakan harta kita untuk beli mercun atau yang seumpamanya dan
membeli untuk membeli rokok. Apatah lagi kalau kita belanjakan harta
kita untuk membeli arak atau untuk pergi kelab malam.
Selain dari membazir perkara yang sering dilakukan ialah melampau-lampau di dalam perkara yang asalnya harus. Firman Allah:
{وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ (31} [الأعراف : 31]
Bermaksud: Dan hendaklah
kamu makan dan minum dan jangan kamu melampau-lampau, bahawasanya Allah
tidak suka kepada orang yang melampau-lampau.
Melampau adalah dalam
perkara yang asalnya harus, tetapi melebihi dari batasan yang diizinkan.
Melampau-lampau dalam makan minum, melampau-lampau dalam pakaian,
melampau-lampau dalam perhiasan, melempau-lampau dalam menghiasi rumah,
melampu-lampau dalam membeli peralatan dalam rumah, kerusi meja dan
lain-lain. Perkara ini mesti dijauhi.
Di antara perkara yang dilarang juga
ialah mendedahkan aurat. Adalah diwajibkan ke atas sekalian orang mukmin
samada lelaki atau perempuan menutup aurat. Wajib bagi perempun tidak
memperlihatkan aurat di hadapan lelaki ajnabi, yang lain dari muka dan
pergelangan tangan. Sabda Rasulullah s.a.w. :
عنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ أَسْمَاءَ
بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ
إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى
مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
(سنن أبى داود)
Bermaksud: Daripada
‘Aisah r.a. bahawasanya Asma’ binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah
s.a.w. dia memakai pakaian yang nipis lalu Baginda berpaling
daripadanya, lalu Baginda bersabda: Wahai Asma’ bahawasanya seseorang
perempuan itu apabila telah berhaid tidak boleh dilihat daripadanya
kecuali ini dan ini, Baginda menunjukkan kepada muka dan pergelangan tangan Baginda.
Hadis ini jelas menunjukkan
bahawa semua badan perempun adalah aurat yang tidak boleh dilihat
kecuali muka dan pergelangan tangan. Maksud tidak dilihat, bukan hanya
memada dengan ditutup sahaja, tetapi hendaklah tidak menampakkan bentuk
badan. Terdapat sesetengah kaum wanita, anak dara, atau bukan anak dara,
yang auratnya ditutup tetapi bentuk anggotanya jelas. Ini kerana
pakainnya ketat. Yang seumpama ini juga termasuk tidak menutup aurat.
Setengah mereka pula lehernya terdedah, ini jelas tidak menutup aurat.
Setengah mereka pula rambut hadapannya terdedah, ini juga tidak menutup
aurat.
Di antara perkara yang dilarang juga ialah berandam.
Sabda Rasulullah s.a.w.
لَعَنَ
اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ
وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ
خَلْقَ اللَّهِ. )صحيح مسلم، اللباس)
Bermaksud: Allah melaknat perempuan
yang menatu dan perempuan yang ditatukan, perempuan yang mencabut bulu
muka dan perempuan yang dicabut bulu mukanya, dan perempuan yang
mempangur gigi untuk kecantikkan yang mengubah kejadian Allah.
Di antara perkara yang dilarang dalam
hadith ini ialah mencabut bulu muka dan mempangur gigi supaya kelihatan
cantik seperti gigi perempun muda. Menurut al-Imam Nawawi: Membuang bulu
di muka adalah haram kecuali jika tumbuh janggut atau misai bagi
wanita maka tidak haram membuangnya. (al-Nawawi t.t. 12: 106).
Nas yang lain menunjukkan andaman itu dilarang ialah sabda Rasulullah s.a.w.
«
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ
كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ
عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ
الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ
رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا ».(صحيح مسلم، الباس
والزينة)
Bermaksud: Dua golongan dari ahli
neraka yang aku belum melihatnya, satu kaum yang bersama-sama alat
penyebat seperti ekor lembu yang mereka gunakan untuk menyebat orang
ramai, satu golongan lagi ialah wanita yang berpakaian, (tetapi
kelihatan) telanjang, linggang lingguk, kepala mereka sepeti bonggol
unta yang tunduk, mereka tidak masuk syurga, dan mereka tidak dapat
baunya sedangkan baunya dapat dirasai dari jauh perjalanan begini,
begini.
Sabda Baginda yang bermaksud: wanita yang berpakaian, (tetapi kelihatan) telanjang, lenggan lengguk, kepala mereka sepeti bonggol unta yang tunduk
adalah menunjukkan kepada berhias yang berlebih-lebihan, yang termasuk
dalam andaman iaitu tidak menutup aurat, kepalanya dihias dengan
berbagai-bagi hiasan sehingga kelihatan berbonggol
dan berat, orang yang berbuat demikian tidak mencium bau syurga. Ini
menunjukkan bahawa perbuatan ini adalah amat dilarang. Dengan ini
andaman yang termasuk di dalamnya mendedahkan aurat, membuang bulu
kening, bermekap yang berlebihan dan memakai rambut palsu adalah jelas
haram dan termasuk dalam ancaman yang disebutkan dalam hadith di atas.
Di antara perkara yang dilarang ialah pergaulan bebas. Pergaulan
bebas tanpa batasan syarak, apatah lagi yang disertai dengan pegang
memegang, sentuh menyentuh, dengan gelak ketawa di kalangan yang bukan
mahram adalah jelas haram. Ini bukan perbuatan orang yang bertakwa.
Di antara perkara yang dilarang ialah
menonton filem-filem lucah, tidak sopan atau sebagainya. Filem-filem
lucah, atau gambar wanita separuh bogel adalah jelas haram ditonton.
Muzik yang disertai dengan penyayi
wanita, tidak menutup aurat, melaungkan seni kata yang bertentangan
akhlak Islam, seperti seni kata yang membangkitkan nafsu dan dihadapan
lelaki ajnabi adalah jelas haram. Muzik yang disertai dengan
penyayi wanita yang bertudung yang dianggap menutup aurat tetapi
senikata yang dilaungkannya bertentangan dengan akhlak Islam seperti
seni kata yang membangkitkan nafsu syahwat adalah haram.
Di antara perkara yang dilarang juga ialah membuang masa, termasuk lepak.
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3
(سورة العصر)
Bermaksud: Demi masa,
bahawasanya manusia itu sesungguhnya di dalam kerugian, kecuali mereka
yang beriman dan beramal salih, mereka yang berpesan-pesan dengan
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran
Di dalam ayat di atas Allah
telah bersumpah dengan masa. Allah bersumpah itu, menunjukkan perkara
itu adalah amat penting, yang kita semua sebagai hamba-Nya mesti
mengambil perhatian. Setelah Allah bersumpah dengan masa, lalu Allah
menjelaskan, bahawasanya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali,
iaitu yang tidak rugi, mereka ialah orang yang beruntung. Yang beruntung
itu ialah orang-orang yang beriman, beramal salih, berpesan-pesan
dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Selain dari mereka
yang mempunyai ciri-ciri di atas adalah rugi. Kita semua tidak mahu
rugi, bahkan kita semua hendak mencari keuntungan. Orang yang beruntung
ialah yang mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. Inilah yang
sentiasa kita do`akan dengan melafazkan:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (201) [البقرة : 201]
Bermaksud: Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Oleh kerana itu hargailah masa, jangan disia-siakan.
Sempena menyambut bulan Syawal ini
penulis hanya memperkatakan perkara-perkara di atas yang merupakan
sebahagian kecil sahaja dari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah
dan Rasul-Nya, maka di sana banyak lagi perkara-perkara yang dilarang,
apatah lagi yang merupakan dosa besar, seperti minum arak, judi, zina
dan lain-lain. Semua perkara-perkara yang dilarang oleh syarak kita
sebagai orang mukmin yang mengharapkan keredhaan Allah dan mengharapkan
untuk menjadi orang yang benar-benar bertakwa hendaklah menjauhinya.
Mengenai suruhan-suruhan Allah pula, di antara perkara yang di wajibkan oleh Allah kita melakukannya ialah:
Bersifat Ikhlas. Ikhlas ialah melakukan
sesuatu kebaikan hanya semata-mata kerana Allah. Apabila seseorang itu
melakukan kebaikan semata-mata kerana Allah, bukan kerana untuk mendapat
habuan dunia, seperi mencari nama, pangkat atau sebagainya maka kita
terus melakukan kebaikan itu, kerana semua perbuatan itu dilihat dan
diketahui oleh Allah dan Allah memberi balasan yang sebaik-baiknya
kepadanya. Dengan demikian dia terus melakukan kebaikan itu sampailah
akhir hayatnya. Begitu juga dia meninggalkan kejahatan adalah semata
kerana Allah, dia yakin segala gerak-gerinya sentiasa diketahui oleh
Allah. Dengan demikian dia terus meninggalkan kejahatan di mana dia
berada.
Diantara nas yang menyuruh kita ikhlas di dalam amalan ialah sabda Rasulullah s.a.w.
قَالَ
اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنْ الشِّرْكِ
مَنْ عَمِلَ عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
صحيح مسلم))
Bermaksud: Allah sw.t. berfirman (di
dalam hadith qudsi): Aku adalah adalah amat terkaya dari disekutukan,
maka sesiapa yang melakukan amalan yang dia menyekutukan amalan itu Aku
dengan yang lain, Aku tinggalkan kepada sekutunya.
Nas di atas jelas menunjukkan bahawa
sesuatu amalan yang dilakukan bertujuan kerana Allah dan yang lain-Nya
Allah tidak terima. Apatah lagi kalau seseorang itu melakukan amalan
bertujuan hanya mencari nama atau sebagainya, jelas tidak diterima oleh
Allah. Marilah kita bersifat ikhlas dalam semua amalan yang kita lakukan
ia akan diterima oleh Allah dan menjadikan orang itu terus melakukan
amalan itu sampai akhir hayatnya.
Di antara perkara-perkara yang kita di
suruh melakukan ialah nasihat menasihati di kalangan orang mukmin.
Sabda Rasulullah s.a.w.
عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
بَايَعْتُ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى إِقَامِ
الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِم
صحيح البخاري))
Bermaksud: Daripada Jarir bin Abdullah
katanya: Aku bay`ahn Rasulullah s.a.w. untuk mendirikan sembahyang,
mengeluarkan dan nasihat untuk setiap Muslim.
Hadith ini menunjukkan bahawa nasihat
menasihati itu adalah perkara yang penting dalam Islam. Ia adalah
selaras dengan firman Allah:
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْر (سورة العصر)
Bermaksud: Demi masa,
bahawasanya manusia itu sesungguhnya di dalam kerugian, kecuali mereka
yang beriman dan beramal salih, mereka yang berpesan-pesan dengan
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran.
Di antara perkara yang
diwajibkan ke atas kita juga ialah menyuruh dengan ma`ruf dan menegah
kemungkaran.
Firman Allah:
وَلْتَكُنْ
مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ
وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (104} [آل عمران : 104]
.
Bermaksud: Hendaklah ada
dari kalangan kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh
dengan yang makruf dan menegah kemungkaran. Merekalah orang yang
benar-benar berjaya.
Dalam ayat ini Allah s.w.t.
memerintahkan, mestilah ada dari kalangan umat ini orang yang menyuruh
dengan ma’ruf dan yang menegah kemungkaran. Ma’ruf adalah
perkara-perkara yang telah diperkenankan oleh syara`, seperti
mengerjakan sembahyang fardhu, puasa di bulan Ramadan, ihsan kepada dua
ibu bapa, melarang minum arak, melarang berzina, melarang makan riba,
melarang rasuah dan lain-lain. Adapun mungkar ialah perkara yang
diingkari oleh syara`, seperti tidak mengerjakan sembahyang fardhu,
tidak berpuasa di bulan Ramadan, derhaka kepada dua ibu bapa, melakukan
zina, makan riba dan melakukan rasuah.
Berkaitan dengan menyuruh dengan ma`ruf dan menegah kemungkaran juga sabda Rasulullah s.a.w.
منْ رَأَى
مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ
الْإِيمَانِ
صحيح مسلم))
Bermaksud: Sesiapa dari
kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia menegah dengan
tangannya, jika tidak mampu hendaklah dengan lidahnya, dan jika tidak
mampu hendaklah dengan hatinya. Dengan hati itu merupakan selemah-lemah iman.
Di antara perkara yang diwajibkan kepada kita juga ialah menghubungkan silaturrahim.
Silaturrahim ialah hubungan kekeluargaan. Kita diperintahkan supaya
berbuat baik dengan seluruh kaum kerabat kita, apatah lagi dengan orang
yang paling terdekat dengan kita iatu ibu dan bapa kita.
Di antara nas mengenai silaturrahim ialah firman Allah:
{وَبِالْوَالِدَيْنِ
إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ
كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا
قَوْلًا كَرِيمًا (23) وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا (24)}
[الإسراء : 23 ، 24]
Bermaksud: dan tehadap dua ibu bapa
hendaklahkamu berbuat baik. Jika salah satu dari kedua-duanya atau
kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua maka janganlah engkau kata
kepada kedua-duanya (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan uh,
dan jangan sekali-kali kamu tengking kedua-duanya dan berkatalah kepada
kedua-duanya perkataan yang mulia. Dan hendaklah engkau merendahkan diri
kerana sayang (kepada kedua-duanya) dan berdoalah, wahai Tuhanku!
Kasihilah kedua-duanya sebagaimana kedua-duanya memelihara aku semasa
kecil.
Nas al-Quran di atas jelas menyuruh kita
semua supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, merendah diri dan
sayang kepada mereka. Apabila mereka telah tua hendaklah bercakap kepada
mereka dengan percakapan yang mulia, jangan bercakap kasar kepad
kedua-duanya walaupun dengan perkataan “uh” dan jangan sekali-kali
menengking kedua-duanya, bahkan doakan kedua-duanya.
Dalam hadith ada menyatakan:
عنْ أَنَسٍ – رضى
الله عنه – قَالَ سُئِلَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – عَنِ
الْكَبَائِرِ قَالَ « الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ،
وَقَتْلُ النَّفْسِ، وَشَهَادَةُ الزُّورِ.
(صحيح البخارى، الشهادات)
Bermaksud: Daripada Anas
r.a. katanya, Nabi s.a.w. ditanya mengenai dosa-dosa besar, jawab
Baginda: Menyengutukan Allah, derhaka kepada dua ibu bapa, membunuh
orang dan saksi palsu.
Apabila kita disuruh berbuat baik dengan
ahli keluarga kita maka jangan sekali-kali kita memutuskan hubungan
silaturrahim kerana perbuatan ini amat dilarang.
Rasulullah bersabda:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ
صحيح البخاري))
Bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.
Hadith di atas adalah
menunjukkan betapa besarnya kesalahan orang yang memutuskan hubungan
silaturrahim. Bagi orang yang terus untuk menghubungkan silaturrahim
tetapi kerabat yang dihubungkan silaturrahim itu engan dan dia terus
menghubungkannya dia mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ
رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي قَرَابَةً أَصِلُهُمْ
وَيَقْطَعُونِي وَأُحْسِنُ إِلَيْهِمْ وَيُسِيئُونَ إِلَيَّ وَأَحْلُمُ
عَنْهُمْ وَيَجْهَلُونَ عَلَيَّ فَقَالَ لَئِنْ كُنْتَ كَمَا قُلْتَ
فَكَأَنَّمَا تُسِفُّهُمْ الْمَلَّ وَلَا يَزَالُ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ
ظَهِيرٌ عَلَيْهِمْ مَا دُمْتَ عَلَى ذَلِكَ
صحيح مسلم - (12 / 41
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah bahawa seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Bahawasanya aku mempunyai kerabat yang aku menghubungkan Silaturrahim
kepada mereka tetapi mereka memutuskan hubungan Silaturrahim kepadaku,
aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka membuat keburukan
terhadapku, aku bersabar terhadap perbuatan mereka tetapi mereka
melakukan perbuatan orang jahil (perbuatan buruk) terhadapku, maka jawab
Rasulullah s.a.w.: Jika engkau sebagaimana yang engkau katakan maka
seolah-olah engkau memberi mereka makan pasir yang panas. Engkau
sentiasa bersamamu pertolongan dari Allah selama engkau dalam keadaan
demikian.
Dari nas-nas di atas menunjukkan kita wajib menghubungkan silaturrahim apatah
lagi terhadap ibu bapa, yang wajib kita berbakti kepadanya. Nas di atas
juga menunjukkan betapa besar dosa orang yang memutuskan silaturrahim.
Seseorang itu disuruh supaya terus menghubongkan silaturrahim kepada
kaum kerabatnya sekalipun kepada kaum kerabat yang tidak mahu berbuat
baik kepadanya, bahkan melakukan keburukkan kepadanya. Islam bukan
setakat menyuruh berbuat baik kepada keluarga yang terdekat dan yang
jauh, bahkan menjelaskan semua orang Islam itu adalah bersaudara,
tolong menolong dan bantu membantu di antara satu dengan yang lain.
Jangan sekali-kali melakukan kezaliman dan penghinaan.
عن أبي
هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : من ستر أخاه المسلم في الدنيا
ستره الله في الدنيا والأخرة ومن نفس عن أخيه كربة من كرب الدنيا نفس الله
عنه كربة من كرب يوم القيامة والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه
سنن النسائي الكبرى - (4 / 308)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah
daripada Nabi s.a.w.sabdanya: Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya di
dunia Allah menutup keaibannya di akhirat. Sesiapa yang melepaskan dari
saudaranya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan demi Allah
melepaskan dia satu kesusahan dari kesusah-kesusahan pada Hari Kiamat.
Allah adalah menolong seseorang hamba selama hamba itu menolong
saudaranya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا
تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ
عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ
أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ
التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ
امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ
الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
صحيح مسلم – (12 / 426
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah
katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Jangan kamu berhasad dengki, jangan
kamu menawar dengan harga yang tinggi untuk menipu orang lain, jangan
kamu benci membenci, jangan kamu belakang membelakangi, tidak boleh
menjual seseorang kamu atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi
hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara kepada
sesorang Muslim, dia tidak boleh menzaliminya, tidak membiarkannya tanpa
memberi pertolongan dan tidak boleh menghinanya. Takwa adalah di sini
Baginda mengisyaratkan ke dadanya sebanyak tiga kali. Cukup seseorang
itu dikira melakukan kejahatan bahawa dia memandang rendah terhadap
saudarnya yang Muslim. Setiap orang Islam terhadap orang Islam yang lain
adalah haram, darahnya, hartanya dan kehormatanya.
Dengan demikian kita hendaklah terus
menghubungkan silaturrahim dan terus kasih sayang di antara satu dengan
yang lain. Jangan sekali-kali menzalimi saudara muslim kita dan jangan
sekali-kali menghinanya. Dalam bulan Shawal yang mulia ini kita sibuk
menziarahi kaum kerabat dan sahabat handai, walau bagimanapun kesibukan
kita jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang.
Di antara perkara yang disuruh kita
melakukannya ialah ziarah kubur. Tujuan ziarah kubur ialah untuk
ingatkan mati yang menjadikan seseorang itu insaf, sedar ke manakah
akhir dirinya akan pergi. Ini menjadikan seeorang itu terus
menghampirkan dirinya kepada Allah, dengan mentaati-Nya, melaksanakan
suruhan-Nya dan meninggalkan larangn-Nya.
Di antara nas yang menyuruh menziarahi kubur ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
قَدْ
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَقَدْ أُذِنَ لِمُحَمَّدٍ
فِي زِيَارَةِ قَبْرِ أُمِّهِ فَزُورُوهَا فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْآخِرَةَ
قَالَ
وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي سَعِيدٍ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَأَنَسٍ وَأَبِي
هُرَيْرَةَ وَأُمِّ سَلَمَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ بُرَيْدَةَ
حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
سنن الترمذى، الجنائز))
Bermaksud: Sesungguhnya aku telah
menegah kamu dari ziarah kubur, sesungguhnya telah diizinkan bagi
Muhammad untuk menziarahi kubur ibunya maka ziarahilah kubur
sesungguhnya ia mengingatkan akhirat.
Sabda Baginda lagi:
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا فَإِنَّهَا تُزَهِّدُ فِي الدُّنْيَا وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ
سنن ابن ماجه، الجنائز))
Bermaksud: Bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda, aku telah menegah kami dari menziarahi kubur maka ziarahilah
ia. Kerana menziarahi kubur itu menzuhudkan di dunia dan mengingatkan
akhirat.
Nas yang lain
عَنْ
أَنَسٍ قَالَ : نَهَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَذَكَرَ
لُحُومَ الأَضَاحِىِّ وَالأَوْعِيَةِ وَزِيَارَةِ الْقُبُورِ ، ثُمَّ
ذَكَرَ إِذْنَهُ فِيهَا بِطُولِهِ قَالَ :« وَكُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ
زِيَارَةِ الْقُبُورِ ثُمَّ بَدَا لِى فَزُورُوهَا فَإِنَّهَا تُرِقُّ
الْقَلْبِ وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ وَتُذَكِّرُ الآخِرَةَ فَزُورُوا وَلاَ
تَقُولُوا هُجْرًا ». {ت} وَكَذَلِكَ رَوَاهُ يَحْيَى بْنُ الْحَارِثِ عَنْ
عَمْرٍو.
السنن الكبرى للبيهقي وفي ذيله الجوهر النقي - 4 / 77)
Bermaksud: Daripda Anas katanya:
Rasulullah s.a.w. … Aku telah menegah kamu dari ziarah kubur , kemudian
ternyata bagiku, oleh itu hendaklah menziarahinya maka sesuggguhnya ia
melembutkan hati, mengalirkan air mata dan mengingatkan akhirat.
Sabda Baginda lagi lagi:
نَهَيْتُكُمْ
عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ ثُمَّ بَدَا لِي أَنَّهَا تُرِقُّ الْقَلْبَ
وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ فَزُورُوهَا
مسند أحمد، 21 / 141)
Bermaksud: Aku menegah kamu dari
ziraah kubur, kemudian ternyata bagiku bahawasanya ia melembutkan hati,
mengalirkan air mata dan mengingatkan akhirat, oleh itu hendaklah kamu
menziarahinya.
Dari nas-nas di atas menunjukkan bahawa
matlamat ziarah kubur ialah untuk mengingatkan akhirat, zuhud terhadap
dunia, melembutkan hati dan menitiskan air mata. Dengan itu ziarah kubur
adalah dikehendaki bila-bila masa sahaja khususnya apabila kita lalai
terhadap suruhan dan larangan Allah, dengan tidak mengkhususkan
hari-hari tertentu atau bulan-bulan tertentu seperti pagi Hari Raya,
satu Sawal, selepas sembahyang Hari Raya.
Di atas tadi adalah sebahagian kecil dari
perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan Rasul-Nya untuk kita
melakukan, sedangkan perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah dan
Rasul-Nya kepada kita untuk melakukan adalah amat banyak dan semuanya
hendaklah kita laksanakan.
Untuk menyambut Hari Raya `Id al-Fitri,
untuk menyambut sebarang hari perayaan, untuk mengadakan sebarang
majlis, juga seterusnya untuk menjalani kehidupan harian kita, kita
sebagai seorang muslim mesti mempunyai pendirian sendiri, iaitu
pendirian yang di asaskan kepada ajaran Allah dan Rasul-Nya, berasaskan
kepada al-Quran dan Sunah. Sesuatu yang bertentangan dengan al-Quran dan
Sunnah hendaklah ditolak. Oleh itu pergaulan bebas, pendedahan aurat,
hiburan yang melanggar batasan syarak, pembaziran di dalam makanan dan
minuman, adat-istiadat, cara hidup atau lainnya yang bertentangan
dengan syarak, semua perkara-perkara di atas mestilah ditolak dan
dijauhi. Janganlah cara kita menghadapi hidup ini hanya mengikut cara
hidup orang lain sehingga jika mereka masuk lubang biawak pun kita masuk
juga.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه اجمعين. والحمد لله رب العالمين.
Rujukan
Al-Quran al-Karim
Abu Daud, Suliman bin al-Ash’ath. T.T. Sunan Abi Daud. Al-Maktabah al-Shamilah.
Ahmad bin Hambal. 1978/1397. Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal. Bayrut: al-Maktab al-Islami.
Ahmad bin Hambal. 1999/1420. Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, tahqiq al-Arnawut. Muassasah al-Risalah
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. T.T. al-Jami` al-Sahih al-Musnad Min Hadith Rasul Allah S.A.W. Wa Sunanih Wa Ayyamihn (Sahih al-Bukahri). Al-Maktabah al-Shamilah.
Al-Bayhaqi, Ahmad bin al-Husayn. 1344H. al-Sunan al-Kubra. al-Hind: Da’irah al-Ma’arif.
Ibn Majah, Muhammad bin Yazid al-Qazwini. T.T. Sunan Ibn Majah tahqiq Muhammad Fuad Abd. Al-Baqi. Al-Qahirah: ‘Isa al-Babi al-Halabi.
Muslim bin al-Hajjaj. 1955/1374. Sahih Muslim, tahqiq Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Al-Qahirah: ‘Isa al-Babi al-Halabi.
Muslim bin al-Hajjaj. T.T. al-Jami` al-Sahih al-Musamma Sahih Muslim. Al-Maktabah al-Shmilah
Al-Nasa’i, Ahmad bin Shu’ayb. T.T. al-Sunan al-Kubra. Al-Maktabah al-Shamilah.
Al-Nasa’i, Ahmad bin Shu’ayb. 1991/1411. . al-Sunan al-Kubra,tahqiq Dr. Abda al-Ghaffar Sulayman. Bayrut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
Al-Tirmidhi, Muhammad bin `Isa bin Surah. 1937/1356. Sunan al-Tirmidhi, tahqiq Ahmad Muhammad Shakir. Al-Qahirah: Mustafa al-Babi al-Halabi.
Al-Tirmidhi, Muhammad bin `Isa bin Surah. T.T. Sunan al-Tirmidhi. Al-Maktabah al-Shamilah
Mango Chipotle-Hot Sauce - Las Vegas - MapYRO
BalasPadamGet directions, reviews 안양 출장안마 and information for Mango Chipotle-Hot Sauce in Las 남양주 출장안마 Vegas, NV. Shake the mango and the garlic 전라남도 출장마사지 with mango. Shake on the mango and the 순천 출장샵 lime Rating: 경주 출장마사지 4.2 · 4 reviews