Assalamualaikum wr.wbt ... TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG MASJID RINCHING HILIR .. kami mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan

Ahad, 18 Ogos 2013

HUKUM MEMBASUH PAKAIAN GUNA MESIN BASUH


HUKUM MEMBASUH PAKAIAN MENGGUNAKAN MESIN BASUH

Pada masa kini  kebanyakan orang Islam membasuh pakaian mereka menggunakan mesin basuh. Persoalannya adakah cara mereka membasuh pakaian mereka itu mengikut keadah syarak atau tidak? Jika tidak maka pakaian mereka itu masih dihukumkan mutanajjis iaitu kena najis. Ia tidak sah untuk digunakan sembahyang, kerana syarat sah sembahyang mestilah suci pada badan, pakaian dan tempat.
Sebelum diperkatakan mengenai tajuk di atas, dijelaskan dahulu mengenai najis mutawassitah,  bahagian-bahagiannya dan bagaimana untuk menyucikannya menurut ulama-ulama mazhab al-Shafi`i atau disebut al-Shafi`iyyah.

Menyucikan  najis mutawassitah

Apa yang dimaksudkan dengan najis mutawassitah ialah najis yang lain daripada anjing dan babi dan yang dilahirkan dengan  salah satu daripada kedua-duanya dengan binatang lain, dan yang lain daripada kencing-kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain daripada susu dan berumur sebelum dua tahun. Najis yang pertama disebut mughallazah dan yang kedua mukhaffafah.

Najis itu ada yang  najis `ayni dan ada yang hukmi

Najis hukmi

Najis hukmi ialah najis yang diyakini ada najis itu, tetapi najis itu sudah tidak dapat dirasa, tiada warna dan bau. Bagi menyucikan najis  hukmi memadai dengan sampai air kepada tempat yang kena najis dan air itu mengalir, lebih dari setakat merenjis.  (Muhammad al-Sharbini al-Khatib 1955, 1: 31).

Najis `ayni

Jika najis itu `ayni, iaitu ada benda bagi najis itu, seperti terdapat tahi yang jelas dan dapat dilihat.
Kaedah menyucikan najis  `ayni adalah:
Pertama, hilangkan `ayn iaitu benda najis itu.
Kedua, hilangkan rasa (ta`m) najis itu, sekalipun sukar.
Ketiga,  hilangkan warna dan bau jika mudah dihilangkan. Jika sukar dihilangkan, tidak mengapa ada salah satu daripada kedua-duanya, tetapi jika kedua-duanya ada maka tidak memadai, kerana ia  tanda yang kuat menunjukkan `ayn (benda) najis itu masih kekal.
Keempat, jika air mutlaq yang digunakan untuk membasuh najis itu sedikit, iaitu kurang daripada dua kolah (lebih kurang 12 tin minyak tanah atau kira-kira 230 liter) maka hendaklah didatangkan air ke atas tempat yang kena najis.

Hukum air basuhan yang sedikit (kurang daripada dua kolah) yang digunakan untuk membasuh  sesuatu yang kena najis itu suci apabila air basuhan itu bercerai dari tempat yang dibasuh itu dengan tidak berubah dan tidak bertambah timbangannya dan tempat itu telah suci. (Muhammad al-Sharbini al-Khatib 1955, 1: 31).  Lihat juga Muhammad al-Khatib al-Sharbini 2006,1:227-228)

Dalam Tuhfah al-Muhtaj oleh Ibn Hajar al-Haytami ada menyebut:

وَالْأَظْهَرُ طَهَارَةُ غُسَالَةٍ ) لِنَجَاسَةٍ عُفِيَ عَنْهَا كَدَمٍ أَوْ لَا وَالتَّفْرِقَةُ بَيْنَهُمَا غَيْرُ صَحِيحَةٍ ؛ لِأَنَّ مَحَلَّهَا قَبْلَ الْغَسْلِ وَيُؤَيِّدُ ذَلِكَ مَا مَرَّ أَنَّ مَاءَ الْمَعْفُوِّ عَنْهُ مُسْتَعْمَلٌ ( تَنْفَصِلُ
عَنْ الْمَحَلِّ وَهِيَ قَلِيلَةٌ ( بِلَا تَغَيُّرٍ ) وَلَا زِيَادَةِ وَزْنٍ بَعْدَ اعْتِبَارِ مَا يَأْخُذُهُ الثَّوْبُ مِنْ الْمَاءِ وَيُعْطِيهِ مِنْ الْوَسَخِ الطَّاهِرِ وَيَظْهَرُ الِاكْتِفَاءُ فِيهِمَا بِالظَّنِّ ( وَقَدْ طَهُرَ الْمَحَلُّ ) بِأَنْ لَمْ يَبْقَ فِيهِ طَعْمٌ وَلَا لَوْنٌ أَوْ رِيحٌ سَهْلُ الزَّوَالِ
( Ibn Hajar al-Haytami t.t. 3: 384-385)

Pendapat yang lebih zahir (al-azhar), adalah suci air basuhan yang  bercerai… dari tempat yang dibasuh sedangkan air itu sedikit (tidak sampai dua kolah), tidak berubah dan tidak bertambah setelah dikira air  yang diserap oleh pakaian, dan sesuatu yang dikeluarkannya dari kekotoran yang suci. Zahirnya memadai (untuk mengetahui) pada dua perkara itu dengan cara jangkaan(zan) sedangkan tempat yang dibasuh itu telah suci iaitu tiada lagi padanya rasa, warna dan bau yang mudah hilang.

Kenyataan di atas menunjukkan sesuatu yang dibasuh itu apabila sudah hilang rasa, warna dan bau yang mudah hilang,  dan air yang berpisah dari tempat yang dibasuh itu tidak berubah dan tidak bertambah,  setelah dikira air  yang diserap oleh pakaian, dan sesuatu yang dikeluarkannya dari kekotoran yang suci maka sesuatu yang dibasuh itu telah suci.

Kata Ibn Hajar al-Haytami lagi:

وَنَجَاسَتُهَا إنْ تَغَيَّرَ أَحَدُ أَوْصَافِهَا أَوْ زَادَ وَزْنُ الْمَاءِ أَوْ لَمْ يَطْهُرْ الْمَحَلُّ ؛ لِأَنَّ الْبَلَلَ الْبَاقِيَ بِهِ بَعْضُ الْمُنْفَصِلِ فَلَزِمَ مِنْ طَهَارَتِهِ بَعْدَهُ طَهَارَتُهُ وَمِنْ نَجَاسَتِهِ نَجَاسَتُهُ وَإِلَّا وُجِدَ التَّحَكُّمُ فَعُلِمَ أَنَّهَا قَبْلَ الِانْفِصَالِ عَنْ الْمَحَلِّ حَيْثُ لَمْ تَتَغَيَّرْ هِيَ طَاهِرَةٌ قَطْعًا وَأَنَّ حُكْمَهَا حُكْمُ الْمَحَلِّ بَعْدَ الْغَسْلِ
( Ibn Hajar al-Haytami t.t. 3: 385)

Air basuhan itu najis jika berubah salah satu daripada sifat-sifatnya (bau, warna dan rasa), atau bertambah timbangan air, atau tidak suci tempat, kerana basah yang tertinggal di tempat basuhan itu adalah sebahagian daripada air yang bercerai daripada tempat basuhan,  maka tidak dapat tidak suci tempat yang dibasuh setelah (air) bercerai, menunjukkan suci air yang bercerai. Dengan ini diketahui, air basuhan itu sebelum bercerai daripada tempat yang dibasuh sekiranya ia tidak berubah ia adalah jelas suci, dan hukumnya adalah mengikut hukum tempat yang disucikan setelah dibasuh.
Kenyataan di atas juga menunjukkan apabila air basuhan itu  bercerai daripada tempat yang dibasuh, air itu berubah  salah satu daripada sifat-sifatnya (bau, warna dan rasa), atau bertambah timbangan air, atau tidak suci tempat yang dibasuh maka air basuhan itu najis.

Kata al-Imam al-Nawawi dalam al-Majmu`:

قال صاحب التتمة وغيره للماء قوة عند الورود علي النجاسة فلا ينجس بملاقاتها بل يبقى مطهرا فلو صبه على موضع النجاسة من الثوب فانتشرت الرطوبة في الثوب لا يحكم بنجاسة موضع الرطوبة ولو صب الماء في اناء نجس ولم يتغير بالنجاسة فهو طهور فإذا اداره على جوابنه طهرت الجوانب كلها هذا كله قبل الانفصال قال فلو انفصل الماء متغيرا وقد زالت النجاسة عن المحل فالماء نجس وفى المحل وجهان احدهما أنه طاهر لانتقال النجاسة الي الماء والثاني
وهو الصحيح أن المحل نجس أيضا لان الماء المنفصل نجس وقد بقيت منه أجزاء في المحل قال ولو وقع بول علي ثوب فغسل بماء موزون فانفصل زائد الوزن فالزيادة بول والماء نجس كما لو تغير وفى طهارة المحل الوجهان الصحيح لا يطهر قلت وقد سبق في المياه وجه شاذ أن هذا الماء طاهر مع زيادة الوزن وليس بشئ فالمذهب نجاسته
(al-Nawawi t.t. 2: 609)

Pengarang kitab al-Tatimmah (iaitu  al-Mutawalli)  dan lainnya berkata: Air ketika datang kepada najis ia mempunyai kekuatan, oleh itu dia tidak menjadi najis dengan sebab bertemu dengan najis, bahkan ia tetap suci lagi mencucikan. Jika air itu dituang kepada tempat yang kena najis yang ada pada pakaian lalu meribaklah air itu pada pakaian itu tidak dihukumkan najis pada tempat yang basah itu. Jika dituang air dalam bekas yang kena najis dan air itu tidak berubah dengan sebab najis itu maka air itu tetap suci lagi mensucikan, maka jika seseorang itu  memusingkan air itu ke sekeliling bekas tersebut maka sucilah semua sekeliling bekas itu. Hukum ini adalah sebelum air itu bercerai dari tempat itu.

Katanya lagi: Jika air itu bercerai dari tempat itu keadaannya berubah sedangkan najis itu telah hilang dari tempat yang dibasuh maka air itu najis. Mengenai tempat yang dibasuh itu pula ada dua pendapat. Pertama, tempat itu suci kerana najis itu telah berpindah kepada air. Pendapat yang kedua, dan ia merupakan pendapat yang sahih tempat itu najis, kerana air yang bercerai dari tempat itu najis dan air itu masih berada walau pun sedikit di tempat itu.
Jika jatuh air kencing di atas pakaian kemudian dibasuh dengan air yang   ditimbang,  kemudian air itu bercerai lebih dari timbangan asal maka yang lebih itu air kencing dan air itu najis sama seperti air itu berubah. Mengenai tempat  pula ada dua pendapat dan pendapat yang sahih ia tidak suci.
                                                                                                                                     
Kenyataan pengarang kitab al-Tatimmah (iaitu  al-Mutawalli)  dan lainnya yang dipersetujui oleh al-Imam al-Nawawi kerana beliau menukilnya dengan tidak memberi sebarang komentar adalah   menunjukkan bahawa air mutlaq yang menemui najis pada pakaian dan tempat,  air itu tetap suci dan menyucikan selagi ia tidak berubah. Hukum ini sebelum air itu bercerai daripada tempat yang dibasuh. Apabila air itu  bercerai dari tempat yang dibasuh jika air itu berubah sedangkan najis itu telah berpindah dari tempat yang kena najis maka air itu najis dan tempat yang dibasuh itu menurut pendapat yang sahih adalah najis.
 Kenyataan di atas juga menunjukkan apabila tempat yang dibasuh itu telah suci dan air yang berpisah daripada tempat yang dibasuh tidak berubah dan tidak bertambah maka tempat yang dibasuh itu suci.

Sama dengan apa yang dikatakan oleh pengarang kitab al-Tatimmah di atas ialah apa yang dikatakan oleh Pengarang kitab Hashiyah I`anah al-Talbin beliau ada menyebut:

وحاصله أنه إذا ورد الماء على المحل النجس ولم ينفصل عنه فهو طاهر مطهر
 فإن انفصل عنه ولم يتغير ولم يزد وزنه بعد اعتبار ما يأخذه المحل وطهر المحل فهو طاهر غير مطهر
 فإن فقد واحد من هذه القيود فهو نجس
(Muhammad Shatta al-Dimyati t.t. 1: 43).

Natijahnya apabila air itu datang ke atas tempat yang najis dan air itu tidak bercerai dari tempat itu maka air itu suci lagi menyucikan, maka jika air itu bercerai dari tempat itu dan air itu tidak berubah dan tidak bertambah timbangannya setelah dikira apa yang diserap oleh tempat dan tempat itu telah suci maka air itu suci tetapi tidak menyucikan. Maka jika hilang salah satu dari sifat-sifat ini air itu najis.
Daripada kenyataan-kenyataan ulama-ulama di atas  menunjukkan bahawa air itu apabila ia didatangkan kepada sesuatu yang dibasuh maka selagi ia berada ditempat yang dibasuh dan belum bercerai dengannya ia tetap suci lagi menyucikan selagi ia tidak berubah. Yang dibasuh itu suci apabila  telah hilang rasa, warna dan bau, walau bagaimanpun bau atau warna salah satu daripada kedua-duanya  jika sukar dihilangkan adalah  dimaafkan, dan hendaklah air yang bercerai daripada yang dibasuh itu tidak berubah dan tidak bertambah.

Membasuh pakaian menggunakan mesin basuh.

Membasuh pakaian yang kena najis melalui mesin basuh,   pakaian itu sudah dihilangkan `ain najisnya dan pakaian itu masih ada najis (mutanajjis). Air mutlaq yang digunakan membasuh  pakaian tersebut sedikit iaitu tidak sampai dua kolah.

Pertama.

Cara yang paling baik
Cara yang paling baik ialah disucikan dahulu pakaian yang kena najis di luar mesin basuh dengan didatangkan air mutlaq ke atasnya jika air itu sedikit (kurang daripada dua kolah).  Setelah pakaian itu suci (hilang rasa, warna dan bau,  atau hilang rasa dan warna  atau bau jika sukar untuk menghilangkannya)  pakaian itu dimasukkan ke dalam mesin basuh yang suci. Sekiranya dimasukkan sabun yang suci,  sabun itu tidak menjejaskan kesucian benda-benda yang sedia ada. Cara ini  adalah sebaik-baiknya, kerana mesin basuh suci, sabun suci dan pakaian suci manakala air pembasuhnya pula air mutlaq yang bersifat suci lagi menyucikan.

Kedua.

Menyucikan pakaian tanpa menggunakan sabun.
Jika pakaian yang kena najis itu didatangkan ke atas air yang ada dalam mesin basuh maka pakaian itu tidak suci kerana air itu menjadi mutanajjis dengan didatangkan  pakaian yang kena najis itu ke atasnya.
Jika pakaian itu diletakkan dahulu ke dalam mesin basuh kemudian didatangkan air mutlaq ke atasnya dan air itu menyeluruhi semua pakaian, kemudian diputarkan alat mesen basuh yang menjadikan airnya berpusing,  untuk membersihkan pakaian itu hukumnya ialah:

Jika air itu setelah berpisah dengan yang dibasuh  tidak berubah dan tidak bertambah beratnya (setelah dikira air  yang diserap oleh pakaian dan sesuatu        yang dikeluarkannya dari kekotoran yang suci)

(بَعْدَ اعْتِبَارِ مَا يَأْخُذُهُ الثَّوْبُ مِنْ الْمَاءِ وَيُعْطِيهِ مِنْ الْوَسَخِ الطَّاهِر)ِ

sedangkan pakaian yang dibasuh itu sudah tiada bau warna dan rasa najis, maka pakaian itu suci dan air basuhan itu suci, tetapi hukumnya musta`mal. (suci pada diri tetapi tidak boleh menyucikan yang lain). Setelah itu sama sahaja      samada pakaian itu  hendak dikeringkan dengan mesin basuh atau tidak.

Jika masih ada sifat-sifat najis (bau, warna dan rasa, atau rasa, dan warna atau bau jika sukar dihilangkan)  hendaklah dibuangkan air itu, kemudian pakaian itu dikeringkan atau diperah atau yang seumpamanya  melalui mesin basuh.  Setelah itu didatangkan air mutlaq kali  ke dua ke dalam mesin basuh itu lalu diputarkan alat mesin basuh itu, dan airnya hendaklah berpusing mengenai keseluruhan tempat dan pakaian yang kena najis sehingga menghilanglah sifat-sifat najis daripadanya dan air basuhan itu tidak berubah dan tidak bertambah apabila bercerai dari sesuatu yang dibasuh maka  pakaian dan tempat yang dibasuh   telah suci dan air basuhan itu suci.

Jika masih ada rasa tidak dimaafkan. Jika masih ada lagi bau atau warna, atau salah satu daripada kedua-duanya tetapi bukan kedua-duanya  pada pakaian itu kerana sukar dihilangkannya adalah dimaafkan.
Jika belum suci juga hendaklah diulang  seperti di atas sehingga air itu apabila bercerai daripada mesin itu tidak berubah dan  tidak bertambah, dan yang dibasuh telah tiada rasa najis, dan  tiada bau atau tiada warna najis.

Ketiga

Menyucikan pakaian dengan mesin basuh dengan meletakkan sabun kedalamnya

Jika pakaian itu telah disucikan,  kemudian dimasukkan air mutlaq, selepas itu dimasukkan sabun yang  suci  ke dalam mesin basuh yang suci maka pakaian itu suci walau pun berbau sabun. Sama seperi meletakkan minyak wangi yang suci kepada pakaian yang suci.

Jika pakaian itu belum disucikan  dan dimasukkan sabun yang suci bersama-sama pakaian kemudian didatangkan air ke atasnya.

Hukumnya:  Hendaklah dilihat,  adakah sabun itu mengubahkan air tersebut (dari segi rasa, warna dan bau) perubahan yang banyak atau sedikit. Jika perubahan itu sedikit yang tidak mengubah nama air mutlaq (masih dipangil air, bukan air sabun) maka ini tidak tidak menjejaskan air tersebut,  ia suci lagi menyucikan. Jika perubahan itu banyak   maka air itu suci tetapi tidak menyucikan. Hukumnya hukum air musta`mal. (Muhammad al-Sharbini al-Khatib 1955, 1: 25).

Jika ragu samada perubahan itu sedikit atau banyak ia tidak  menjejaskan, bererti air itu suci lagi menyucikan,  tetapi jika ragu samada perubahan itu banyak atau sedikit ia menjejaskan,  bererti air itu suci tetapi tidak menyucikan, kerana berpegang kepada asal. . (Muhammad al-Sharbini al-Khatib 1955, 1: 25).
Air musta`mal tidak boleh menyucikan yang lain. Apabila air itu tidak boleh menyucikan yang lain dan pakaian yang ada bersama-samanya ada najis maka air yang bercampur sabun itu telah mutanajjis. Air mutanajjis tidak suci, apatah lagi  untuk menyucikan. Oleh kerana itu apabila alat mesin basuh itu  diputarkan supaya air dalamnya berpusing untuk pembersihan maka selepas itu air yang bercampur dengan sabun itu hendaklah dibuang, dan pakaian itu hendaklah dikeringkan  atau diperah atau yang seumpamanya  melalui mesin basuh, untuk menghilangkan najis dan air yang mutanajjis. Hukum pakaian dan tempat basuh adalah mutanajjis.

Selepas itu hendaklah:
Datangkan air mutlaq ke atas pakaian dan bekas mesin basuh tersebut secara yang betul-betul menyeluruh.  Sama sahaja samada alat mesin basuh itu diputarkan atau tidak. Walau bagimanapun diputarkan alat misin basuh itu adalah lebih baik untuk memudahkan sampai air keseluruh tempat yang kena mutanajjis untuk menyucikannya. Maka jika sifat-sifat najis dan sifat-sifat mutanajjis (air sabun) itu hilang dari pakaian dan tempat  sedangkan air yang berpisah daripadanya tiada berubah dan tidak bertambah maka tempat itu suci dan air yang berpisah itu suci (musta`mal). Setelah itu sama sahaja samada pakaian itu dikeringkan  atau diperah atau yang seumpamanya  dengan mesin basuh atau tidak. Walaubagimana pun jika pakaian itu belum suci  hendaklah pakaian itu dikeringkan atau diperah atau yang seumpamanya  dengan mesin basuh lagi sekali, supaya najis dan air mutanajjis itu hilang. Selepas itu hendaklah didatangkan air mutlaq kali kedua yang menyeluruh pada pakaian dan tempat. Sama seperti yang pertama. Jika hilang sifat-sifat najis dan mutanajjis dari pakaian itu atau hanya  tinggal bau atau warna, salah satu daripada kedua-duanya  yang sukar hendak dihilangkan, dan air yang berpisah dari pakaian yang dibasuh itu tiada berubah dan tidak bertambah maka air itu suci dan tempat itu suci.
Jika belum suci juga hendaklah diulang seperti di atas sehingga suci.

Perhatian.
Dalam masalah ini sayugia sabun yang digunakan membasuh hendaklah sekadar yang perlu sahaja supaya mudah hilang rasa, bau dan warna. Air mutalq yang datang  kepada pakaian untuk menyucikan  hendaklah seberapa banyak supaya mudah menghilangkan sifat-sifat najis dan mutanjjis.
Pakaian  yang sederhana banyaknya yang sudah dibersihkan dengan air yang bercampur sabun mengikut kadar yang  diperlukan, tidak berlebihan, dan air itu telah dibuang dan pakaian itu telah dikeringkan atau sebagainya sebagaimana yang diterangkan.
Selepas itu bagi menyucikan, didatangkan air mutlaq yang  banyak kepada pakaian dan tempat yang dibasuh, kemudian air itu dibuang, lalu pakaian yang dibasuh itu dikeringkan atau sebagainya sebagaimana yang diterangkan. Pada kebiasaannya  jika dilakukan perkara ini sebanyak dua kali atau tiga kali mengikut keadaan, maka pakaian dan tempat itu telah suci.

Kesimpulannya, bagi membasuh sesuatu yang mutanajjis dengan mengunakan mesin basuh hendaklah:

Pertama.
Hilangkan `ain najis

Kedua.
Datangkan air mutlaq pada tempat yang kena najis secara menyuluruh. Apabila air itu berpisah dengan yang dibasuh dan yang dibasuh itu hilang sifat-sifat najis daripadanya  iaitu bau, warna dan rasa dan air itu tidak berubah dan tidak bertambah maka yang dibasuh itu suci dan airnya juga suci. Jika yang dibasuh itu masih ada bau atau warna, salah satu daripada kedua-duanya, bukan kedua-duanya kerana sukar untuk meghilangkannya adalah dimaafkan.

Di atas tadi adalah pendapat al-Shafi`iyyah iaitu ulama-ulama mazhab al-Shafi`i.

Adapun al-Hanafiyyah iaitu ulama-ulama mzhab Hanafi maka menurut mereka bahawa  air yang  bercampur dengan sabun sekalipun air itu berubah satu daripada sifat-sifatnya boleh digunakan bersuci dengannya. (al-Zuhayli 1985, 1: 119;  Ibn al-Hammam t.t. 1: 124-125; Hasan bin `Ammar  al-Shurunbulali t.t. 1: 10).
Kata  Ibn al-Hammam:

وَتَجُوزُ الطَّهَارَةُ بِمَاءٍ خَالَطَهُ شَيْءٌ طَاهِرٌ فَغَيَّرَ أَحَدَ أَوْصَافِهِ ، كَمَاءِ الْمَدِّ وَالْمَاءِ الَّذِي اخْتَلَطَ بِهِ اللَّبَنُ أَوْ الزَّعْفَرَانُ أَوْ الصَّابُون
(Ibn al-Hammam t.t. 1: 124)

Kata Hasan bin `Ammar  al-Shurunbulali:

وإنما صح إلحاق المائعات المزيلة بالماء المطلق لتطهير النجاسة الحقيقية : لوجود شرط الإلحاق وهي : تناهي أجزاء النجاسة بخروجها مع الغسلات
(Hasan bin `Ammar  al-Shurunbulali t.t. 1: 10).

Dengan ini hukum membasuh pakaian yang kena najis dengan air sabun menurut al-Hanafiyyah adalah lebih mudah berbanding dengan al-Safi`iyyah, kerana air sabun itu sendiri boleh menyucikan.

SURAH YAASIN & INTIPATI


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.


Latar belakang
Surah Yasin adalah merupakan salah satu surah yang banyak sekali dibaca oleh umat Islam di Malaysia. Ia dibaca di masjid-masjid dan surau-surau pada malam Jumaat atau sempena hari-hari tertentu. Tidak ketinggalan juga ia dibaca di rumah-rumah untuk kenduri arwah atau lainnya. Kepada mereka yang membaca al-Quran secara keseluruhan dari awal hingga akhir maka mereka juga akan membaca surah ini. Dengan ini surah ini merupakan salah satu surah yang  paling banyak dibaca.

Permasalahan
Sekalipun surah ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tetapi masih ramai khususnya kepada orang awam yang tidak dapat memahami maksudnya dengan baik. Ini kemungkinan bahasanya yang payah untuk mereka memahaminya.

Kepentingan
Oleh kerana itu adalah penting dibuat satu tulisan yang menerangkan isi kandungan Surah Yasin ini supaya pembaca boleh mengetahui isi kandungan dengan mudah. Penulis juga menyertakan intipati surah ini untuk memudahkan mereka mengetahui isi kandungannya secara ringkas. Dengan ini mudah-mudahan kita dapat beramal dengan isi kandungan Surah Yasin ini yang mendorong kita dapat beramal dengan keseluruhan al-Quran.

Metodologi
Dalam menyatakan kandungan  Surah Yasin ini, penulis berusaha memahami maksud ayat dalam surah ini mengikut kemampuan penulis, di samping merujuk kepada kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Fakhrualrazi dan lain-lain, kemudian mengambil ringkasan isi kandungan ayat tersebut. Sekiranya terdapat beberapa pendapat dalam tafsiran ayat tersebut penulis mengambil pendapat yang pada pandangan penulis itu adalah yang lebih kuat atau lebih mudah difahami.  Penulis juga menyertakan sedikit penjelasan pada tempat yang perlu supaya mudah difahami. Manakala dalam intipati pula penulis cuba meringkaskan kandungannya mengikut yang mudah difahami pada pandangan penulis. Pada akhir kandungan disertakan nombor ayat untuk mudah dirujuk.

Rujukan
Di samping penulis menggunakan kefahaman penulis setakat yang mampu, penulis juga merujuk kepada Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Fakhrualrazi, Pempinan al-Rahman dan al-Quran dan Terjemahannya cetakan Kerajaan Saudi Arabia.

Surah Yasin
بسم الله الرحمن الرحيم
يس (1) وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ (2) إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ (3) عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (4) تَنْزِيلَ الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ (5) لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا أُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ (6) لَقَدْ حَقَّ الْقَوْلُ عَلَى أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ (7) إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلَالًا فَهِيَ إِلَى الْأَذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُونَ (8) وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ (9) وَسَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ (10) إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ (11) إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ (12) وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلًا أَصْحَابَ الْقَرْيَةِ إِذْ جَاءَهَا الْمُرْسَلُونَ (13) إِذْ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوا إِنَّا إِلَيْكُمْ مُرْسَلُونَ (14) قَالُوا مَا أَنْتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُنَا وَمَا أَنْزَلَ الرَّحْمَنُ مِنْ شَيْءٍ إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا تَكْذِبُونَ (15) قَالُوا رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّا إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ (16) وَمَا عَلَيْنَا إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ (17) قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ (18) قَالُوا طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ أَئِنْ ذُكِّرْتُمْ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (19) وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ (20) اتَّبِعُوا مَنْ لَا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ (21) وَمَا لِيَ لَا أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (22) أَأَتَّخِذُ مِنْ دُونِهِ آلِهَةً إِنْ يُرِدْنِ الرَّحْمَنُ بِضُرٍّ لَا تُغْنِ عَنِّي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا وَلَا يُنْقِذُونِ (23) إِنِّي إِذًا لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (24) إِنِّي آمَنْتُ بِرَبِّكُمْ فَاسْمَعُونِ (25) قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ (26) بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِينَ    (27)  وَمَا أَنْزَلْنَا عَلَى قَوْمِهِ مِنْ بَعْدِهِ مِنْ جُنْدٍ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا كُنَّا مُنْزِلِينَ (28) إِنْ كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَامِدُونَ (29) يَا حَسْرَةً عَلَى الْعِبَادِ مَا يَأْتِيهِمْ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ (30) أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ مِنَ الْقُرُونِ أَنَّهُمْ إِلَيْهِمْ لَا يَرْجِعُونَ (31) وَإِنْ كُلٌّ لَمَّا جَمِيعٌ لَدَيْنَا مُحْضَرُونَ (32) وَآيَةٌ لَهُمُ الْأَرْضُ الْمَيْتَةُ أَحْيَيْنَاهَا وَأَخْرَجْنَا مِنْهَا حَبًّا فَمِنْهُ يَأْكُلُونَ (33) وَجَعَلْنَا فِيهَا جَنَّاتٍ مِنْ نَخِيلٍ وَأَعْنَابٍ وَفَجَّرْنَا فِيهَا مِنَ الْعُيُونِ (34) لِيَأْكُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ وَمَا عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ أَفَلَا يَشْكُرُونَ (35) سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ (36) وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ (37) وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (38) وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ (39) لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ (40)  وَآيَةٌ لَهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ (41) وَخَلَقْنَا لَهُمْ مِنْ مِثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ (42) وَإِنْ نَشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنْقَذُونَ (43) إِلَّا رَحْمَةً مِنَّا وَمَتَاعًا إِلَى حِينٍ (44) وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّقُوا مَا بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَمَا خَلْفَكُمْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (45) وَمَا تَأْتِيهِمْ مِنْ آيَةٍ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِمْ إِلَّا كَانُوا عَنْهَا مُعْرِضِينَ (46) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ أَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنُطْعِمُ مَنْ لَوْ يَشَاءُ اللَّهُ أَطْعَمَهُ إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (47) وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْوَعْدُ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (48) مَا يَنْظُرُونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ (49) فَلَا يَسْتَطِيعُونَ تَوْصِيَةً وَلَا إِلَى أَهْلِهِمْ يَرْجِعُونَ (50) وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُمْ مِنَ الْأَجْدَاثِ إِلَى رَبِّهِمْ يَنْسِلُونَ (51) قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا هَذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ (52) إِنْ كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ جَمِيعٌ لَدَيْنَا مُحْضَرُونَ (53) فَالْيَوْمَ لَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (54) إِنَّ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ الْيَوْمَ فِي شُغُلٍ فَاكِهُونَ (55) هُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلَالٍ علىالْأَرَائِكِ مُتَّكِئُونَ (56) لَهُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ وَلَهُمْ مَا يَدَّعُونَ (57) سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ (58) وَامْتَازُوا الْيَوْمَ أَيُّهَا الْمُجْرِمُونَ (59) أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ (60) وَأَنِ اعْبُدُونِي هَذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ (61) وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلًّا كَثِيرًا أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ (62) هَذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ (63) اصْلَوْهَا الْيَوْمَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ (64) الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (65) وَلَوْ نَشَاءُ لَطَمَسْنَا عَلَى أَعْيُنِهِمْ فَاسْتَبَقُوا الصِّرَاطَ فَأَنَّى يُبْصِرُونَ (66) وَلَوْ نَشَاءُ لَمَسَخْنَاهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَمَا اسْتَطَاعُوا مُضِيًّا وَلَا يَرْجِعُونَ (67) وَمَنْ نُعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ أَفَلَا يَعْقِلُونَ (68) وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِي لَهُ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُبِينٌ (69) لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِرِينَ (70)  أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا خَلَقْنَا لَهُمْ مِمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَا أَنْعَامًا فَهُمْ لَهَا مَالِكُونَ (71) وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ (72) وَلَهُمْ فِيهَا مَنَافِعُ وَمَشَارِبُ أَفَلَا يَشْكُرُونَ (73) وَاتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ آلِهَةً لَعَلَّهُمْ يُنْصَرُونَ (74) لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَهُمْ وَهُمْ لَهُمْ جُنْدٌ مُحْضَرُونَ (75) فَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ (76) أَوَلَمْ يَرَ الْإِنْسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ نُطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ (77) وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًا وَنَسِيَ خَلْقَهُ قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ (78) قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنْشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ (79) الَّذِي جَعَلَ لَكُمْ مِنَ الشَّجَرِ الْأَخْضَرِ نَارًا فَإِذَا أَنْتُمْ مِنْهُ تُوقِدُونَ (80) أَوَلَيْسَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُمْ بَلَى وَهُوَ الْخَلَّاقُ الْعَلِيمُ (81) إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (82) فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (83)
                                                                                                         
Kandungan Surah Yasin

Perkataan Yasin

Menurut jambur ulama iaitu kebanyakaan ulama, bahawa huru-huruf muqatta`ah yang terdapat pada awal surah seperti يس  ألم , ص , ن dan lain-lain, tiada yang mengetahui maksudnya yang sebenar kecuali Allah sahaja. Ini ialah kerana tiada nas yang sahih menjelaskan maksud huruf-huruf muqatta`ah tersebut. Dalam perkara yang seumpama ini tidak boleh hanya menggunakan akal sahaja untuk mengetahui maksudnya. Apa yang jelas dari huruf-huruf muqatta`ah ini ialah bahawa huruf-huruf muqatta`ah ini tidak pernah diguna pakai  dalam bahasa Arab sama ada dalam pertuturan atau persuratan mereka. Dengan ini huruf-huruf muqatta`ah yang terdapat pada awal surah itu adalah tanda bahawa al-Quran itu datangnya daripada Allah s.w.t., bukan daripada Nabi Muhammad s.a.w.

Antara kandungan Surah Yasin

  • al-Quran adalah sebuah kitab yang penuh mengandungi hikmat kebaikan kerana ia diturunkan oleh Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Nabi Muhammad adalah salah seorang rasul yang berada di jalan yang benar, diutus kepada kaum yang sedang lalai kerana  mereka, bapa dan datuk nenek mereka belum diberi peringatan. (2-6)
  • Kebanyakan mereka diazab kerana mereka benar-benar tidak mahu beriman. (7-10)
  • Orang yang mendapat manfa'at dari seruanmu ialah orang mukmin iaitu orang yang mengikut al-Quran  dan takut kepada Allah yang dia tidak melihat-Nya maka balasan baginya ialah mendapat keampunan dari Allah s.w.t. dan pahala yang besar dan indah.(11)  
  • Allah s.w.t. membangkitkan orang yang mati dan menulis segala yang mereka lakukan semasa hidup samada perkataan, perbuataan dan tujuan serta kesan-kesannya.(12)
  • Satu contoh telah diberikan untuk menjadi pengajaran, di mana sebuah kawasan/Qaryah yang telah diutuskan kepada penduduk-penduduknya beberapa orang rasul dan di sokong oleh salah seorang lelaki yang tinggal di hujung qaryahtersebut, tetapi mereka tetap tidak mahu beriman maka Allah binasakan semua penduduk Qaryah tersebut dengan hanya satu pekikan kuat, mereka semua  mati serta merta.(13-25,28, 29)
  • Setelah lelaki yang menyokong rasul-rasul tersebut mati, dia dimasukkan ke dalam syurga dan berkata: Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui keadaanku di mana Allah telah mengampuni aku dan menjadikan aku dari kalangan orang yang mendapat kemuliaan.(26-27)
  • Sungguh malang kepada manusia yang diutuskan rasul kepada mereka tetapi mereka memperolok-olokkan rasul tersebut. Mengapa mereka tidak melihat kepada orang-orang yang sebelum mereka yang telah dibinasakan oleh Allah mereka habis mati dan tidak boleh kembali ke dunia. (30-31)
  • Semua manusia/makhluk akan dihimpunkan di hadapan Allah s.w.t. (untuk perbicaraan/ hisab).(32)
  • Tanda-tanda keesaan, kekuasaan dan kebesaran Allah adalah amat banyak di antaranya: Allah yang menghidupkan bumi yang tandus, Allah yang mengeluarkan biji-bijian (seperti beras dan gandum) yang mereka makan.(33)
  • Allah menjadikan di atas muka bumi ini kebun-kebun, seperti kebun tamar dan anggur dan  apa yang mereka usahakan supaya mereka dapat makan buah-buahanya dan hasil usahanya. Allah juga telah memancarkan mata air dari bumi tersebut. (34-35)
  • Maha Suci Allah yang telah menjadikan sesuatu itu berpasangan, tumbuh-tumbuhan, manusia dan lain-lain yang mereka tidak mengatuhinya. (36)
  • Tanda yang lain yang menunjukkan kepada keesaan, kekuasaan dan kebesaran Allah ialah Allah menghilangkan siang dan menjadi malam maka mereka berada dalam gelap. (37)
  • Tanda yang lain juga ialah matahari dan bulan masing-masing menjalankan peranannya dengan tepat    mengikut yang telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (38-40)
  • Tanda yang lain yang menunjukkan kepada keesaan, kebesaran dan kekuasan Allah ialah Allah membawa belayar keturunan mereka dalam bahtera yang penuh sarat, kalau Allah kehendaki Allah boleh tenggelamkan mereka dan tiada siapa yang boleh menolong dan menyelamatkan mereka tetapi Allah beri rahmat kepada mereka,  mereka selamat serta dapat berseronok-seronok dalam beberapa lama. (41, 43,44)
  • Allah juga telah menjadikan untuk mereka kenderaan lain yang seperti bahtera yang boleh mereka naikinya. (42)
  • Apabila dikatakan kepada mereka, jagalah diri kamu dari melakukan sebarang dosa, mudah-mudahan kamu dirahmati, (mereka tidak mengendahkannya).(45)
  • Setiap tanda/bukti yang datang dari Allah, mereka tetap tidak menerimanya. (46)
  • Orang-orang kafir tidak mahu memberi pertolongan kepada orang-orang Mukmin yang miskin/susah (47)
  • Orang kafir ingkar akan berlakunya Hari Kiamat (48)
  • Hari Kiamat akan berlaku dengan mengejut, dengan satu pekikan sahaja iaitu tiupan sangkala pertama mereka semua habis mati. Mereka tidak sempat berwasiat apa-apa pun dan tidak sempat kembali menemui keluarganyanya. (49-50)
  • Satu tiupan pada sangkakala iaitu tiupan kedua semua manusia bangkit dari kubur dan mereka dihadapkan di hadapan Allah untuk perbicaraan/hisab.(51- 53)
  • Perbicaraan pada Hari Kiamat adalah amat adil, tiada siapa pun yang dizalimi. Balasan mereka adalah mengikut apa yang mereka lakukan semasa di dunia.(54)
  • Penghuni syurga mereka sibuk dengan keseronokkan, mereka bersama-sama pasangan mereka berada di tempat yang teduh menikmati buah-buahan dan apa sahaja yang mereka kehandaki, semuanya akan diberikan kepada mereka. (55-57)
  • Mereka mendapat ucapan selamat sejahtera dari Tuhan mereka. (58)
  • Allah telah memberitahu kepada manusia supaya jangan sekali-kali menyembah syaitan kerana dia telah menyesatkan beberapa banyak jenerasi kamu, tetapi kamu hendakklah menyembah Allah kerana itulah jalan yang benar. (60-62)
  • Kepada orang kafir mereka dipisahkan daripada orang mukmin, lalu mereka dimasukkan kedalam neraka jahanam. Apa bila mereka hendak ingkar terhadap apa yang mereka lakukan semasa di dunia anggota-anggota mereka akan bercakap memperakui apa yang dibuat dan disaksikan oleh anggota-anggota lain. (59, 63-65)
  • Kalau Allah kehendaki di dunia ini Allah berkuasa membutakan mata sehingga mereka tidak nampak dan kalau Allah kehendaki Allah boleh tukar badan mereka di tempat mereka berada sehingga mereka tidak boleh mara ke hadapan atau undur ke belakang. (66-67)
  • Allah s.w.t memberitahu kepada manusia, sesiapa sahaja yang dipanjangkan umurnya      dia akan balik semula kepada serba kekurangan. Mereka sepatutnya  berfikir. (68)
  • Allah s.w.t tidak mengajar syair kepada Rasulullah s.a.w. tetapi apa yang diajar oleh Allah kepadanya adalah wahyu supaya dia memberi peringatan kepada orang yang hidup, dan kepada orang yang ingkar balasannya adalah neraka jahanam. (69-70)
  • Allah s.w.t. seterusnya menyuruh orang kafir berfikir tidakkah Allah telah menjadikan untuk mereka binatang-binatang ternakan untuk kegunaan mereka, ada yang untuk tunggangan, ada yang untuk makanan dan ada yang untuk minum susu dan berbagai-bagai munafaat lagi yang sepatutnya mereka bersyukur. (71-73)
  • Mereka telah menyembah yang lain daripada Allah bertujuan kononnya tuhan-tuhan itu akan memberi pertolongan kepada mereka, sedangkan yang sebenarnya tuhan-tuhan itu tidak dapat menolong mereka dan tuhan-tuhan itu akan dihimpunkan bersama-sama mereka,( bagi menambahkan lagi duka cita dan kehinaan mereka). (74-75)
  • Allah melarang Rasulullah s.a.w. dari berdukacita disebabkan perkataan mereka kerana Allah adalah sentiasa mengetahui segala-galanya, sama ada yang mereka sembunyikan atau yang mereka nyatakan. (76)
  • Orang yang mengingkiri Hari Kebangkitan hendaklah berfikir bahawasanya Allah telah menjadikannya dari nutfah yang lemah maka mengapa pula dia sebagai penentang yang keras. (77)
  • Orang kafir membandingkan Allah itu seperti dirinya dia lupa akan kejadian dirinya lantas berkata: Siapakah yang menghidupkan tulang-tulang yang telah reput. (78)
  • Allah s.w.t. menyuruh Rasul-Nya menjawab: Yang menghidupkannya ialah yang menjadikan benda itu sebelum benda itu ada, iaitu Allah Yang Maha mengetahui setiap kejadian yang menjadikan untuk kamu api  dari pokok yang masih hijau. (79-80)
  • Tidakkah yang berkuasa menjadikan langit dan bumi berkuasa menghidupkan manusia      yang telah mati? Bahkan, Dia adalah Maha pencipta dan Maha mengetahui.(81)
  • Sesungguhnya keadaan kekuasaan Allah itu apabila menghendaki sesuatu, Allah berkata, jadi, maka benda itu jadi.(82)
  • Maha Suci Allah yang menguasai dan memiliki segala sesuatu dan kepada-Nya kamu semua dikembalikan.(83)

Intipati Surah Yasin

Dalam Surah ini Allah s.w.t menyatakan kepada  manusia     bahawa Nabi Muhammad s.a.w   adalah     Rasul-Nya. Balasan kepada mereka yang beriman kepadanya adalah keampunan dan pahala yang besar dan indah/syurga, sebaliknya kepada mereka yang kufur kepadanya adalah neraka jahannam. Manusia hendaklah berfikir dengan melihat kekuasaan-kekuasaan Allah. Antaranya Allah telah membinasakan mereka yang kufur kepada para rasul sebelum mereka, Allah  telah menghidupkan bumi yang tandus dengan menumbuhkan tanam-tanaman yang menjadi makanan mereka, Allah yang telah menjadikan sesuatu itu berpasangan, manusia dan lain-lain. Allah yang telah menjadikan malam, siang, matahari, bulan, masing-masing dengan peranannya. Sepatutnya mereka hendaklah beriman.

Dalam Surah Yasin ini juga Allah menyatakan tentang kedatangan Hari Kiamat. Ia datang dengan mengejut dengan satu pekikan sahaja iaitu tiupan sangkala pertama manusia habis mati. Kemudian Allah menyatakan mengenai kebangktan manusia dari kubur iaitu dengan satu tiupan, iaitu tiupan sangkakala kedua semua manusia bangkit dari kubur dan mereka akan menghadap Allah untuk dihisab dengan adil segala yang mereka telah lakuan di dunia. Ahli syurga masuk syurga dan ahli neraka masuk neraka. Orang yang mengingkari hari kebangkitan bertanya siapakah yang menghidupkan tulang yang telah reput? Allah menyuruh Rasul-Nya menjawab,yang menghidupkannya ialah Yang menjadikannya sebelum benda itu ada, Yang Maha mengetahui setiap sesuatu, Yang menjadikan api dari pohon yang     hijau, Yang berkuasa menjadikan langit dan bumi.    Yang menguasai dan memiliki segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu semua akan dikembalikan. Iaitulah Allah Yang Maha pencipta lagi Maha mengetahui. Keadaan kekuasaan-Nya apa bila Dia menghendaki sesuatu itu jadi, maka jadilah ia.

وبالله التوفيق والهداية.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، والحمد لله رب العالمين.

SUJUD TILAWAH & SUJUD SYUKUR


بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين.
                      
Sujud Tilawah


Kita selalu membaca al-Quran, samaada dalam sembahyang atau di luar sembahyang. Sebaik-baiknya apabila kita membaca ayat-ayat sjdah iaitu ayat-ayat  yang kita dituntut untuk bersujud, kita  sujud. Sujud ini adalah sujud tilawah. Di sini saya perkatakan mengenai Sujud Tilawah ini menurut ulama-ulama mazhab al-Shafi`i. Rujukan dalam tulisan ini selain dari kitab-kitab hadith ialah kitab fekeh yang ditulis oleh al-Imam al-Nawawi, bernama al-Majmu`. Selain dari Sujud Tilawah saya juga memperkatakan mengenai Sujud Syukur, juga menurut ulama-ulama mazhab al-Shafi`i. Rujukannya sama dengan rujukan yang disebutkan di atas.

Pensyariatan

Dalil bagi persyariatan sujud tilawah di antaranya ialah hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ عَلَيْنَا السُّورَةَ فِيهَا السَّجْدَةُ فَيَسْجُدُ وَنَسْجُدُ حَتَّى مَا يَجِدُ أَحَدُنَا مَوْضِعَ جَبْهَتِهِ
صحيح البخاري، سجود الفرآن))
Bermaksud: Adalah Nabi s.a.w. membaca surah al-Quran kepada kita, di dalamnya terdapat ayat sajdah (sujud) maka Baginda sujud,  kita pun sujud, sehingga sebahagian daripada kami  tidak dapat tempat letak dahinya.
Yang lain pula ialah:
عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْهُدَيْرِ التَّيْمِيِّ مِنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قَرَأَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ عَلَى الْمِنْبَرِ بِسُورَةِ النَّحْلِ حَتَّى إِذَا جَاءَ السَّجْدَةَ نَزَلَ فَسَجَدَ وَسَجَدَ النَّاسُ حَتَّى إِذَا كَانَتْ الْجُمُعَةُ الْقَابِلَةُ قَرَأَ بِهَا حَتَّى إِذَا جَاءَ السَّجْدَةَ قَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا نَمُرُّ بِالسُّجُودِ فَمَنْ سَجَدَ فَقَدْ أَصَابَ وَمَنْ لَمْ يَسْجُدْ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ وَلَمْ يَسْجُدْ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
وَزَادَ نَافِعٌ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا إِنَّ اللَّهَ لَمْ يَفْرِضْ السُّجُودَ إِلَّا أَنْ نَشَاءَ
صحيح البخاري، سجود لقرآن))

Bermaksud: Daripada Rabi`ah bin Abdullah bin al-Hudayr al-Taymi daripada Umar bin al-Khattab r. a. ` Umar bin al-Khattab membaca Surah al-Nahl pada hari Jumaat sehingga apabila sampai ayat sajdah beliau turun dan sujud, maka orang ramai sujud, sehingga apabila sampai Jumaat yang akan datang Umar membaca surah tersebut sehingga apabila sampai ayat sajdah maka Umar berkata: Wahai orang ramai! Bahawasanya kita melalui (membaca) ayat sujud maka sesiapa yang sujud maka dia benar, dan sesiapa yang tidak sujud maka dia tidak berdosa, dan Umar r.a.` tidak sujud.  Nafi` menambah daripada Ibn Umar r.a.`. bahawasanya Allah tidak memfardukan sujud kecuali jika kita mahu.
Dari nas-nas di atas menunjukkan kepada pensyariatan sujud tilawah, tetapi ianya tidak wajib, bahkan sunat.

Hukum sujud tilawah

Sujud tilawah adalah sunat, sama ada kepada orang yang membaca ayat yang mengandungi sujud tilawah, atau orang yang mendengar perkara tersebut, dan samaada di dalam sembahyang atau di luar sembahyang. ( al-Nawawi t.t. 3: 509)
Sujud tilawah hukumnya sunat, tidaK wajib adalah menurut ulamak-ulamak mazhab  al-shafi`i dan kebanyakan ulamak yang lain. Di antara yang berpendapat demikian ialah Saydina Umar bin al-Khattab, Salman al-Farisi, Ibn Abbas, `Imran bin al-Husayn, al-Imam Malik, al-Ayza`i, Ahmad, Ishaq, Abu Thawr dan lain-lain. ( al-Nawawi t.t. 3: 513)
Ada juga ulamak yang mengatakan wajib, tetapi pendapat ini ditolak, kerana Rasulullah s. a. w. ada dibacakan kepadanya ayat yang ada sujud al-tilawah/ al-sajdah, tetapi Baginda tidak sujud.
عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ
قَرَأْتُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّجْمِ فَلَمْ يَسْجُدْ فِيهَا
صحيح البخاري، سجود القرآن))

Bermaksud:  Daripada Zayd bib Thabit katanya: Aku membaca kepada Nabi s. a. w. Surah  Wa al-Najm tetapi Baginda tidak sujud padanya.
Apabila terdapat nas- nas yang menunjukkan Rasulullah s. a. w. sujud,     tetapi ada nas yang menunjukkan Rasululullah tidak sujud, maka itu menunjukkan perbuatan itu tidak wajib, bahkan sunat sahaja.

Sujud tilawah dalam sembahyang berjemaah

Menurut ulamak-ulamak dalam mazhab al-shafi`i adalah tidak makruh membaca ayat al-sajdah di dalam sembahyang,  samada sembahyang yang dinyaringkan suara atau tidak. Apabila imam sujud makmum hendaklah sujud bersamanya, jika makmum tidak sujud batal sembahyangnya. Jika imam tidak sujud makmum juga di larang sujud, jika makmum menyalahi imam dengan melakukan sujud batal sembahyangnya. ( al-Nawawi t.t. 3: 509-510)

Syarat  sujud tilawah

Menurut ulamak-ulamak mazhab al-shafi`i syarat untuk sujud tilawah sama dengan sembahyang  sunat. Ia memerlukan  kepada suci dari hadas, suci dari najis pada badan, pakaian dan tempat, menghadap kiblat dan masuk waktu sujud, iaitu telah membaca ayat yang berkaitan dengan sujud tilawah. . ( al-Nawawi t.t. 3: 515-516)


Cara hendak melakukan sujud tilawah

a.     Dalam sembahyang
Menurut ulamak-ulamak mazhab al-Shafi`i: Sujud tilawah dalam sembahyang tidak memerlukan kepada takbir pembukaan kerana pelakunya sedang melakukan sembahyang, tetapi sunat baginya takbir ketika turun untuk sujud dengan tidak mengangkat tangan.  Dia juga sunat bertakbir ketika mengangkat kepalanya bangun dari sujud, dan tidak ada duduk istrahah selepas sujud. Setelah berdiri tegak baharulah rukuk jika dia telah membaca al-fatihah, dan yang mustahabb dia hendaklah membaca beberapa ayat sebelum rukuk.  ( al-Nawawi t.t. 3: 516)
b.     Di luar sembahyang
Jika sujud tilawah itu dilakukan di luar sembahyang hendaklah pelakunya itu berniat, dan mengangkat tangan untuk takbir al-ihram, sama caranya dengan takbirah al-ihram untuk sembahyang, selepas itu sunat takbir sekali lagi tanpa mengangkat tangan dan terus turun sujud, iaiatu sujudal-tilawah, kemudian duduk iaitu duduk selepas sujud dengan sempurna, kemudian memberi salam. Adalah tidak dituntut berdiri ketikatakbirah al-ihram bagi sujud al-tilawah menurut pendapat yang asahh ( al-Nawawi t.t. 3: 518-519)

Kaifiat sujud al-tilawah

Kaifiyat atau cara sujud al-tilawah adalah sama dengan sujud dalam sembahyang dari segi membuka dan meletakkan dahi ke tempat sujud, meletakkan dua tangan, dua lutut, dua tapak kaki, hidung, mengangkat dua siku dari dua lambungan, menjarakkan perut dari dua peha, meninggikan bahagian sebelah bawah perut dari bahagian atas, menghadapkan jari-jari kaki ke kiblat dan lain-lain. ( al-Nawawi t.t. 3: 518) Perkara-perkara  di atas merangkumi syarat-syarat sujud dan sunat-sunat  sujud.  Rasulullah s.a.w. menjelaskan mengenai anggota sujud sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas:
 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
أُمِرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْضَاءٍ وَلَا يَكُفَّ شَعَرًا وَلَا ثَوْبًا الْجَبْهَةِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ
(صحيح البخاري، الأذان)
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`. Nabi s.a.w. diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota dan tidak menghimpunkan rambut dan pakaian, (tujuh anggota itu ialah) dahi, dua tangan, dua lutut dan dua kaki. Dahi merangkumi hidung.

عَنْ الْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ
أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَجَدَ الْعَبْدُ سَجَدَ مَعَهُ سَبْعَةُ آرَابٍ وَجْهُهُ وَكَفَّاهُ وَرُكْبَتَاهُ وَقَدْمَاهُ
قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَجَابِرٍ وَأَبِي سَعِيدٍ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ الْعَبَّاسِ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَعَلَيْهِ الْعَمَلُ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ
سنن الترمذى، الصلاة))
Bermaksud: Daripada al-`Abbas bin `Abd al-Muttalib, bahawasanya dia
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang hamba itu sujud, sujud bersamanya tujuh anggota, mukanya, dua tapak tangannya, dua lututnya dan dua tapak kakinya.

Bacaan dalam sujud tilawah

Menurut ulamak-ulamak mazhab al-Shafi`i adalaha mustahabb bagi orang yang melakukan sujud al-tilawah membaca di dalam sujudnya:
سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
 (سنن الترمذى، الصلاة)                                                                                              
Dan juga:

اللَّهُمَّ اكْتُبْ لِي بِهَا عِنْدَكَ أَجْرًا وَضَعْ عَنِّي بِهَا وِزْرًا وَاجْعَلْهَا لِي عِنْدَكَ ذُخْرًا وَتَقَبَّلْهَا مِنِّي كَمَا تَقَبَّلْتَهَا مِنْ عَبْدِكَ دَاوُدَ
سنن الترمذى، الدعوات))
Bacaan ini adalah warid daripada Rasulullah s.a.w. Dan jika dia membaca bacaan sujud dalam sembahyang adalah harus (boleh). Manakala al-Imam al-shafi`I memilih di dalam bacaan sujud al-tilawah:

{سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا } [الإسراء : 108]

Menurut al-Imam al-Nawawi, zahir al-Quran memuji bacaan ini, oleh itu bacaan ini adalah baik. ( al-Nawawi t.t. 3: 518)
Pada pandangan penulis, bacalah apa yang mudah bagi kita, dan yang sebaik-baiknya apa yang warid dari Rasulullah s.a.w.


                                              Sujud Syukur


Pensyari`atan

Di antara nas-nas yang menunjukkan kepada pensyaratan sujud syukur ialah apa yang diriwayatkan daripda Abu Bakrah:
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ إِذَا جَاءَهُ أَمْرُ سُرُورٍ أَوْ بُشِّرَ بِهِ خَرَّ سَاجِدًا شَاكِرًا لِلَّهِ
سنن أبى داود، الجهاد))
Bermaksud: Daripada Nabi s.a.w. , bahawasanya Baginda apabila datang kepadanya perkara gembira atau Baginda digembirakan Baginda tunduk bersujud, bersyukur  kepada Allah.
Hadith yang lain ialah:
عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ مَكَّةَ نُرِيدُ الْمَدِينَةَ فَلَمَّا كُنَّا قَرِيبًا مِنْ عَزْوَرَا نَزَلَ ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَدَعَا اللَّهَ سَاعَةً ثُمَّ خَرَّ سَاجِدًا فَمَكَثَ طَوِيلًا ثُمَّ قَامَ فَرَفَعَ يَدَيْهِ فَدَعَا اللَّهَ سَاعَةً ثُمَّ خَرَّ سَاجِدًا فَمَكَثَ طَوِيلًا ثُمَّ قَامَ فَرَفَعَ يَدَيْهِ سَاعَةً ثُمَّ خَرَّ سَاجِدًا ذَكَرَهُ أَحْمَدُ ثَلَاثًا قَالَ إِنِّي سَأَلْتُ رَبِّي وَشَفَعْتُ لِأُمَّتِي فَأَعْطَانِي ثُلُثَ أُمَّتِي فَخَرَرْتُ سَاجِدًا شُكْرًا لِرَبِّي ثُمَّ رَفَعْتُ رَأْسِي فَسَأَلْتُ رَبِّي لِأُمَّتِي فَأَعْطَانِي ثُلُثَ أُمَّتِي فَخَرَرْتُ سَاجِدًا لِرَبِّي شُكْرًا ثُمَّ رَفَعْتُ رَأْسِي فَسَأَلْتُ رَبِّي لِأُمَّتِي فَأَعْطَانِي الثُّلُثَ الْآخِرَ فَخَرَرْتُ سَاجِدًا لِرَبِّي
سنن أبى داود، الجهاد))

Bermaksud: Daripada `Amir bin sa`d daripada bapanya, katanya: Kami keluar bersama-sama Rasulullah s.a.w. dari Makkah,  kami hendak menuju ke al-Madinah, apabila kami hampir dengan `Azwara (nama tempat) Baginda turun mengangkat kedua-dua tangannya, dan berdoa kepada Allah seketika, kemudian tunduk bersujud dengan lama, kemudian Baginda bangkit dan mengangkat kedua-dua tangannya dan berdoa kepada Allah seketika, kemudian tunduk, bersujud dengan lama, kemudian bangkit dan mengangkat kedua-dua tangannya seketika, kemudian tunduk bersujud. Ahmad (perawi) menyebutnya tiga kali. Nabi bersabda: Aku bermohon kepada Tuhanku untuk  aku memberi syafaat kepada umatku lalu Allah memberikan kepada aku 1/3,  maka aku sujud bersyukur kepada Tuhanku, kemudian aku mengangkat kepalaku  lalu aku bermohon kepada Tuhanku untuk umatku dan Allah memberikan kepada aku 1/3 umatku, maka aku tunduk bersujud kepada Tuhanku kerana bersyukur, kemudian aku angkat kepalaku lalu aku bermohon kepada Tuhanku untuk umatku dan Allah memberikan kepada aku 1/3 lagi, maka aku tunduk bersujud kepada Tuhanku.

Kata al-Imam al-Nawawi hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan kami tidak mengetahui kedaifan seseorang dari perawi-perawinya, dan Abu Daud tidak mendaifkannya. Yang tidak didaifkan oleh Abu daud ia adalah hasan menurutnya.
( al-Nawawi t.t. 3: 523)
Kata al-Imam al-Nawawi lagi: Bahawa sujud syukur ini ada dilakukan oleh Saydina Abu Bakr, umar, Ali, Ka`b bin malik dan lain-lain. . ( al-Nawawi t.t. 3: 523)
Jika dikatakan: Di dalam setengah keadaan Rasulullah s.a.w. tidak melakukan sujud syukur maka ini menunjukkan bahawa sujud syukur itu tidak dituntut. Jawabnya ialah, ini menunjukkan bahawa sujud syukur itu tidak wajib, ia boleh ditinggalkan, atau Baginda berada di atas minbar maka sujud ketika itu menyusahkan.

Hukum sujud syukur

Menurut al-Imam al-Shafi`I dan ulamak-ulamak dalam mazhab al-shafi`I, bahawa sujud syukur itu adalah  sunat ketika seseorang itu mendapat nikmat yang agong, atau hilang darinya bencana yang menimpanya. . ( al-Nawawi t.t. 3: 522-523)

Syarat sujud syukur

Menurut ulamak-ulamak mazhab al-Shafi`i, sujud syukur memerlukan kepada syarat-syarat sembahyang.  ( al-Nawawi t.t. 3: 524).  Ia memerlukan  kepada suci dari hadas, suci dari najis pada badan, pakaian dan tempat dan mengadap  menghadap kiblat. 

Cara melakukan sujud syukur

Cara melaksanakan sujud syukur sama seperti melakukan sujud tilawah di luar sembahyang. ( al-Nawawi t.t. 3: 524). Iaitu pelakunya itu berniat, dan mengangkat tangan untuk takbir al-ihram, sama caranya dengantakbirah al-ihram untuk sembahyang, selepas itu sunat takbir sekali lagi tanpa mengangkat tangan dan terus turun sujud, iaitu sujud syukur, kemudian duduk iaitu duduk selepas sujud dengan sempurna, kemudian memberi salam. Adalah tidak dituntut berdiri ketika takbirah al-ihram bagi sujud syukur menurut pendapat yang asahh  Lihat cara sujud tilawah di luar sembahyang yang telah dijelaskan sebelum ini.

Bacaan sujud syukur

Apa yang difahamkan dari kata al-Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu` menunjukkan bahawa bacaan sujud syukur adalah sama dengan bacaan sujud tilawah di luar sembahyang. . ( al-Nawawi t.t. 3: 524). Bacaan sujud tilawah di dalam sembahyang atau di luar sambahyang adalah sama. Bacaannya telah diperkatakan sebelum ini semasa memperkatakan mengenai sujud tilawah.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين ، و الحمد لله رب العالمين.  
.