Assalamualaikum wr.wbt ... TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG MASJID RINCHING HILIR .. kami mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan

Rabu, 24 Julai 2013

SEMBAHYANG LAH ... SEBELUM TERBUJUR DISEMBAHYANGKAN

HUKUM MENINGGALKAN SEMBAHYANG FARDHU



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد و على اله و أصحابه أجمعين. 

Allah menyebutkan di dalam al-Quran bahawa meninggalkan sembahyang itu adalah dari ciri-ciri orang kafir. Firman Allah:

{ وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ارْكَعُوا لَا يَرْكَعُونَ (48) وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ (49} [المرسلات : 48 ، 49]

(Surah al-Mursalat, 77: 48-49) Bermaksud: Apabila dikatakan kepada mereka: Hendaklah kamu rukuk mereka tidak mahu rukuk. Merekalah pada hari itu iaitu Hari Kiamat bagi orang yang mendustakan iaitu tidak beriman. 

Orang kafir jika mereka disuruh sembahyang mereka enggan. 


Firman-Nya lagi mengenai pertanyaan ashab al-yamin kepada orang-orang kafir:

{) مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (42) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ (43) وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ (44) وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ (45) وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ (46)} [المدثر : 42 - 46]

(Surah al-Muddaththir, 74: 42-46) Bermaksud: Apa yang memasukkan kamu ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab, kami bukan dari kalangan orang yang mengerjakan sembahyang, kami juga tidak memberi makan kepada orang miskin, dan kami berserta memperkatakan pekara-perkara yang salah bersama-sama dengan orang yang memperkatakannya Dan kami mendustakan Hari Pembalasan.

Dalam ayat di atas antara sebab yang memasukkan orang kafir ke dalam neraka ialah mereka tidak mengerjakan sembahyang. Tidak mengerjakan sembahyang adalah salah satu ciri orang kafir.


Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai orang yang meninggalkan sembahyang:

« الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ ». وَفِى الْبَابِ عَنْ أَنَسٍ وَابْنِ عَبَّاسٍ. قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ.  (سنن الترمذى، الإيمان)

Bermaksud: Perjanjian yang antara kita dengan mereka ialah sembahyang maka sesiapa yang meninggalkannya sesunguhnya dia telah kafir. 

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa orang yang meninggalkan sembahyang adalah kafir. Sabda Baginda lagi:

« إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاَةِ ».(صحيح مسلم، الإيمان)

Bermaksud: Bahawasanya di antara seseorang itu dengan syirik dan kufur ialah meningalkan sembahyang. 

Ini bererti sesiapa yang meninggalkan sembahyang dia adalah kafir. Sabda Baginda lagi:

« مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُوراً وَبُرْهَاناً وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ وَلاَ بُرْهَانٌ وَلاَ نَجَاةٌ وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَأُبَىِّ بْنِ خَلَفٍ ». (مستد الإمام أحمد، مسند عبد الله بن عمرو)

Bermaksud: Sesiapa yang memeliharanya (sembahyang) maka sembahyang itu adalah sebagai cahaya, bukti dan penyelamat kepadanya pada Hari Kiamat. Sebaliknya orang yang tidak menjaga sembahyang itu maka dia tidak memiliki cahaya, bukti dan penyelamat. Orang itu pada Hari Kiamat adalah bersama-sama Qarun, Fir`aun, Haman dan Aubay bin Khalaf. 

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawasanya orang yang tidak sembahyang adalah bersama-sama dengan orang-orang kafir terkemuka iaitu Qarun, Fir`aun, Haman dan Aubay bin Khalaf. Adakah kita hendak bersama-sama dengan orang ini? Tidak sekali-kali.

Sabda Baginda lagi:
 « مَنْ تَرَكَ صَلاَةَ الْعَصْرِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ » ( صحيح البخارى، مواقيت الصلاة)

Bermaksud: Sesiapa yang meninggalkan sembahyang asar maka sesunguhnya hapuslah amalannya. 

Apa yang sentiasa kita berdoa kepada Allah ialah amalan soleh kita diterima oleh Allah dan sebagai bekalan kita di akhirat, bukan amal-amal soleh kita hapus, lenyap. 

Daripada:

عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيقٍ الْعُقَيْلِىِّ قَالَ كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ -صلى الله عليه وسلم- لاَ يَرَوْنَ شَيْئًا مِنَ الأَعْمَالِ تَرْكُهُ كُفْرٌ غَيْرَ الصَّلاَةُِ. (سنن الترمذى، الإيمان)

Bermaksud: Sahabat-sahabat Muhammad s.a.w. tidak berpendapat mengenai sesuatu amalan yang meninggalkan menjadi kafir selain dari sembahyang. 

Apa yang dinyatakan oleh `Abd Allah bin Saqiq al-Uqayli ialah ramai dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah yang berpendapat meninggalakan sembahyang itu hukumnya kafir. Dari zahir nas-nas di atas menunjukkan bahawa orang yang meninggalkan sembahyang adalah kafir. Di sini akan dijelaskan pandangan ulama' mengenai hukum orang yang meninggalkan sembahyang. Orang yang meninggalkan sembahyang kerana ingkar dengan kewajipan sembahyang, atau mempermain-mainkannya atau meringan-ringankannya hukumnya adalah kafir menurut ijmak ulama'. Apapun orang yang meningalkan sembahyang kerana malas maka menurut jamhur ulama' iaitu kebanyakkan ulama' hukumnya tidak kafir, tetapi adalah fasik. Kata al-Imam Malik dan al-Shafie: Orang yang meninggalkan sembahyang adalah fasik, tidak kafir, tidak memadai dengan disebat dan dipenjara, tetapi jika dia berterusan hendaklah  dibunuh. Manakala menurut al-Imam Ahmad dan mereka yang sama dengannya, hukum orang yang meninggalkan sembahyang adalah kafir. (al-Qardawi, mawqi` al-Qaradawi, fatawa wa al-ahkam: al-salah. 20 September 2004.)  Kata al-Munziri:Sekumpulan sahabat rasululah s.a.w. dan mereka yang selepasnya menghukumkan kafir orang yang meninggakan sembahyang dengan sengaja sehingga keluar waku. Di antara mereka ialah Umar bin al-Khattab, Abd Allah bin Mas’ud, Abd Allah bin Abbas, Muaz bin Jabal, Jabir bin Abd Allah dan Abu al-Darda'. Yang bukan sahabat pula Ahmd bin Hambal, Ishaq bin Rahawih, Abd Allah bin Mubark, al-Nakhai, al-Hakam bin Utbah, Ayyub al-Sakhtiyani, Abu Dawud al-Tayalisi, Abu Bakr bin Abu Shaybah Zuhayr bin Harb dan lain r.a
(.الترغيب والترهيب، كتاب الصلاة، فصل الترهيب من ترك الصلاة متعمدا(

Mereka berdalilkan kepada zahir nas-nas yang disebutkan di atas. Manakala jamhur ulama'pula mentafsirkan perkataan kufur dalam hadis-hadis di atas dengan kufur nikmat, kerana terdapat nas-nas lain yang menunjukkan bahawa orang yang masih beriman tetap akan masuk syurga sekalipun telah amat lama dalam neraka. Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

« يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ، ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ . فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا فَيُلْقَوْنَ فِى نَهَرِ الْحَيَا - أَوِ الْحَيَاةِ ، شَكَّ مَالِكٌ - فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِى جَانِبِ السَّيْلِ ، أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً (صحيح البخاري،الإيمان)

Bermaksud:  Masuk ahli syurga ke dalam syurga, dan ahli neraka ke dalam neraka, kemudian Allah berkata: Keluarkanlah (dari neraka) orang yang terdapat iman di dalam hatinya seperti biji khardal (biji yang halus) maka mereka pun dikeluarkan dari neraka sedangkan meraka telah hitam legam (dibaham api neraka) maka mereka pun dicampakkan ke dalam sungai al-haya atau al-hayat, perawi hadis ini yang bernama Maliksak (sama ada sungai itu bernama al-haya atau al-hayat, maka mereka pun tumbuh seprti bijian yang tumbuh di tepi perairan. Tidakkah engkau melihatnya tumbuh berwana kuningmelempai. 

Sabdanya lagi:

« يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَفِى قَلْبِهِ وَزْنُ شَعِيرَةٍ مِنْ خَيْرٍ ، وَيَخْرُجُ مِنَ النَّارِ مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَفِى قَلْبِهِ وَزْنُ بُرَّةٍ مِنْ خَيْرٍ ، وَيَخْرُجُ مِنَ النَّارِ مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَفِى قَلْبِهِ وَزْنُ ذَرَّةٍ مِنْ خَيْرٍ » . قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أَبَانُ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ حَدَّثَنَا أَنَسٌ عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - « مِنْ إِيمَانٍ » . مَكَانَ « مِنْ خَيْرٍ » (صحيح البخارى، الإيمان)

Bermaksud: Keluar dari neraka orang yang mengucap   لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ dan di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat gandum, dan keluar dari neraka orang yang mengucap  لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ sedangkan di dalam hatinya terdapat  kebaikan seberat biji jagung. Kata al-Bukhari, Aban berkata, Qatadah menyampaikan kepada kami, katanya, Anas menyampaikan kepada kami daripada Rasulullah s.a.w. dengan lafaz “ dari iman “ ganti  dari “lafaz kebaikan”  Dari hadis ini menunjukkan orang yang mengucap kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُsedangkan dia seorang mukmin dia akan masuk syurga.


Dari perbincangan yang telah dipaparkan menunjukkan betapa berat hukum orang yang meninggalkan sembahyang. Hukum yang paling ringan sekali ialah fasik iaitu melakukan dosa besar dan ada ulama yang mengatakan kafir iaitu keluar dari Islam.  Oleh itu jangan sekali-sekali meninggalkan sembahyang. Seseorang itu sentiasa berada dalam dosa selagi dia tidak menunaikan sembahyangnya.

Dipetik dari kitab:  Mari Kita Sembahyang Sebelum Kita Disembahyangkan,  oleh Dr. Udah Mohsin, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsan Malaysia 2008.

KARNIVAL MALAM 1000 BULAN ... JOM JOM




LAILATUR QADR

Oleh : Dr Udah Mohsin UKM

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Marilah sama-sama kita melebihbanyakkan ihya’ al-layl pada malam 10 yang akhir bulan Ramadan, khususnya pada malam-malam yang ganjil, mudah-mudahan Allah kurniakan kepada kita Laylah al-qadr.

Laylah al-Qadr

Firman Allah:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (5 ) (سورة القدر، 97: 1-5)

Bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya )al-Quran) pada malam laylah al-qadr. Dan apa yang mengetahuikan engkau, apa itu malam laylah al-qadr?  Malam laylah al-qadr  adalah lebih baik dari seribu bulan. Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin dari Tuhan mereka, membawa segala perkara. Selamatlah malam yang barkat itu sehingga terbit fajar.

Ada disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya: Terdapat di kalangan Bani Isra`il seorang yang pada malamnya sembahyang sehingga Subuh, dan pada waktu siangnya berjihad melawan musuh sehingga petang, dia berbuat demikian selama 1,000 bulan, lalu Allah turunkan ayat ini yang menunjukkan sembahyang/ibadah pada malam laylah al-qadr adalah lebih baik dari amalan lelaki Bani Isra’il tersebut. (Ibn Katir 1999, 8:443) 

Al-Imam Ibn Kathir juga ada menyebut tentang, pada satu hari Rasulullah s.a.w.  ada menyebut  kepada para Sahabat, mengenai empat orang lelaki dari kalangan Bani Isra’l, mereka beribadat kepada Allah selama 80 tahun dan mereka tidak derhaka kepada-Nya walau sekelip mata. Mereka ialah Ayyub, Zakariyya, Hizqil bin al-`Ajuz dan Yusa` bin Nun, maka para sahabat pun hairan mengenai perkara itu, lalu malaikat Jibril turun dan berkata: Ya Muhammad umatmu pelik dengan ibadah mereka  yang beribadah 80 tahun tanpa sebarang maksiat walau seklip mata, Sesungguhnya Allah telah menurunkan yang lebih baik dari yang demikian itu, lalu Jibril pun membacakan ayat:

{ إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Ini lebih baik dari apa yang engkau dan sahabat-sahabatmu hairankan. Maka Rasulullah s.a.w. dan para sahabat gembira. (Ibn Katir 1999, 8:443)

Penjelasan mengenai:
إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya )al-Quran) pada laylah al-qadr.

Apa yang dimksudkan dengan al-Quran diturunkan oleh Allah pada malam layh al-qadr ialah Allah menurunkan al-Quran itu sekali gus dari al-Lawh al-Mahfuz ke Bait al-`Izzah di langit dunia. Selepas itu diturunkan kepada Rasululah s.a.w. sedikit-sedikit.
Ini berdasarkan nas-nas berikit:

عن بن عباس : قوله { إنا أنزلناه في ليلة القدر } قال نزل القرآن جملة واحدة في ليلة القدر وكان الله عز و جل ينزل على رسول الله صلى الله عليه و سلم بعضه في أثر بعض قالوا { لولا نزل عليه القرآن جملة واحدة كذلك لنثبت به فؤادك ورتلناه ترتيلا }
سنن النسائي الكبرى - (6 / 519)

Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas, firman Allah:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Katanya: al-Quran itu diturunkan sekelai gus pada malam laylah al-qadr, Allah a.`.w.j. menurunkannya ke atas Rasulullah s.a.w. setengahnya selepas setengahnya. Mereka (orang-orang kafir) berkata: Mengapa tidak al-Quran itu diturunkan kepada Muhammad dengan sekali gus? Diturunkan al-Quran dengan cara demikian (beransur-ansur) adalah untuk Kami menetapkan hatimu dengannya dan Kami membacakannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
Dalam riwayat yang lain:

عن ابن عباس رضي الله عنهما في قوله تعالى : ـ { إنا أنزلناه في ليلة القدر } قال : أنزل القرآن جملة واحدة في ليلة القدر إلى السماء الدنيا و كان بموقع النجوم و كان الله ينزله على رسول الله صلى الله عليه و سلم بعضه في أثر بعض قال : و قالوا : { لولا نزل عليه القرآن جملة واحدة كذلك لنثبت به فؤادك و رتلناه ترتيلا }
 هذا حديث صحيح على شرطهما و لم يخرجاه
تعليق الذهبي قي التلخيص : على شرط البخاري ومسلم
المستدرك على الصحيحين للحاكم مع تعليقات الذهبي في التلخيص - (2 / 242)

Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`. pada  firman Allah:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Katanya: al-Quran itu diturunkan sekali gus pada malam laylah al-qadr ke langit dunia.  Dan adalah dengan sedikit-sedikit dan adalah Allah menurunkannya kepada Rasulullah s.a.w. setengahnya pada selepas setengahnya. Kata Ibn `Abbas Orang-orang kafir bekta: Mengapa tidak al-Quran itu diturunkan kepada Muhammad dengan sekali gus? ? Diturunkan al-Quran dengan cara demikin (beransur-ansur)  adalah untuk Kami menetapkan hatimu dengannya dan Kami membacakannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

Dalam riwayat lain:

عن ابن عباس في قوله : { إنا أنزلناه في ليلة القدر } قال : أنزل القرآن جملة واحدة حتى وضع في بيت العزة في السماء الدنيا ونزله جبريل عليه السلام على محمد صلى الله عليه و سلم بجواب كلام العباد وأعمالهم
المعجم الكبير – (12 / 32)

Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`. pada  firman Allah:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Katanya: al-Quran itu diturunkan sekali  gus sehingga diletakkan di bayt al-`izzah pada langit dunia, dan menurunkannya oleh Jibril `a.s. kepada Muhammad  s.a.w. mengikut tuntutan perkataan dan perbuatan hamba.

Dalam riwayat yang lain:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ : إنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ، قَالَ : دُفِعَ إِلَى جِبْرِيلَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ جُمْلَةً , فوضع فِي بَيْتِ الْعِزَّةِ ثم جَعَلَ يَنْزِلُه تَنْزِيلاً.
مصنف ابن أبي شيبة - (10 / 533)
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`. pada  firman Allah:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Katanya, diberikan kepada Jibril pada malam laylah al-qadr sekali gus, kemudian diletakkan pada bayt al-`azzah kemudia selepas itu Jibril menurunkannya sedikit-sedikit.

Menurut Ibn Kathir: Ibn `Abbas dan lainnya berkata: Allah telah menurunkan al-Quran sekali gus dari al-Lawh al-Mahfuz ke Bayt al-Izzah dari langit dunia, kemudian diturunkan sedikit-sedikit kepada Rasulullah s.a.w., mengikut peristiwa dalam masa 23 tahun. (Ibn Kathir 1999, 8: 441).

Kata al-Hafiz Ibn Hajar: Bahawasanya al-Quran itu diturunkan sekali gus dari Lawh al-Mahfuz ke langit dunia, kemudian selepas itu diturunkan sedikit-sedikit adalah merupakan pendapat yang sahih lagi muktamad. (Ibn Hajar t.t. 9: 4-5).

Perkataan يْلَةُ الْقَدْرِ لَ yang bererti: Malam al-qadr. Maksud al-qadr di sini, ada ulama yang mengatakan agong (al-ta`zim). Iaitu malam yang agong, sama seperti firman Allah:

{وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ } [الأنعام : 91]

Al-qadr, dalam ayat di atas bermaksud agong. Malam al-qadr itu agong kerana al-`Quran turun pada malam itu, atau kerana malaikat turun pada malam itu, atau kerana berakat, rahmat dan keampunan yang diturunkan pada malam itu, atau kerana orang yang menghidupkannya menjadi mempunyai keagongan. Ada ulama yang mengatakan maksud al-qar di sini ialah menyempitkan seperti firman Allah:

{وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ } [الطلاق : 7]

Al-qadr dalam ayat di atas bermaksud sempit. Maksud sempit di sini ialah laylh al-qadr tidak diketahui ketepatan masanya, atau kerana bumi menjadi sempit penuh dengan malaikat. Ada ulama yang mengatakan maksud al-qadr di sini ialah al-qadar iaitu qada’dan qadar, penentuan Allah. Bermaksud: pada malam itu ditentukan perkara-perkara yang berlaku pada tahun itu selaras dengan firman Allah:

{ فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ (4) } [الدخان : 4 ، 5]

Bermaksud: Pada malam yang barkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara yang mempunyai hikmah
Di atas tadi apa yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari. (Ibn Hajar t.t. 4: 255)
Al-Imam al-Nwawi berkata dalam Sharh Sahih Musim: Para ulama berkata: Dinamakan laylah al-qar kerana malaikat menulis berhubung dengan penentunan, rezeki dan ajal (seeorang) yang berlaku pada tahun itu  berdasarkan firman Allah:
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

Bermaksud: Pada malam yang barkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara yang mempunyai hikmah.
(al-Nawawi t.t. 8: 57)
Pandangan-pandangan di atas adalah mempunyai dalil dari alQuran atau Hadith. Oleh itu  boleh difahami bahawa laylah al-qadr adalah malam yang agong yang sangat mulia, bumi menjadi sempit, sesak dengan malikat, waktu yang tepat berlakunya tidak diketahui. Oleh itu kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mencarinya. Pada malam itu ditentukan perkara-perkara yang akan berlaku pada tahun itu. Oleh itu kita hendaklah membanyakkan istighfar dan doa bermohon kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa kita dan memberikan kepada kita kebaikan dunia dan akhirat. 
Penjelasan mengenai:

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْر

Yang bermaksud Dan apa yang mengetahuikan engkau, apa itu laylah al-qadr?   
Ayat ini menunjukkan kepada betapa tingginya kedudukkan malam laylah al-qadr itu ia adalah di luar pengetahuan makhluk, makhluk tidak mengetahuinya. Tidak mengetahui ketingian kedudukkan laylah al-qadr itu melainkan Allah Yang Amat mengetahui tentang perkara-perkara ghaib. Ini ditunjukkan oleh firman Allah:

لَيْلَةُ القدر خَيْرٌ مّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
(Abu al-Su`ud t.t. 7: 40).

Penjelasan mengenai:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Bermaksud: Malam laylah al-qadr  adalah lebih baik dari seribu bulan
Apa yang dipilih oleh Ibn Jarir al-Tabari, seorang ulama tafsir yang terkenal, maksud:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

ialah beribadah pada malam itu adalah lebih baik dari 1,000 bulan yang tidak terdapat padanya laylah al-qadr.  (Ibn Katir 1999, 8:443)

Penjelasan mengenai:
تَنزلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ

Bermaksud: Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin dari Tuhan mereka,
Pada malam laylah al-qadr itu para malaikat, termasuk Jibril turun kebumi. Mereka turun kerana pada malam itu terdapat banyak berkat. Malaikat turun apabila terdapat berkat dan rahmat. Menurut Qatadah dan lainnya, pada malam itu ditentukan segala perkara, ditentukan ajal dan rezeki, selaras dengan firman Allah:
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
 (Ibn Katir 1999, 8:443).

Adapun firman Allah:

حم (1) وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ (2) إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ (3) فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ (4)
سورة الدخان،44: 1-4))

Bermaksud: Ha mim. Demi al-Quran yang menerangkan kebenaran. Bahawasanya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang berkat, bahawasanya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam yang barkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara yang mempunyai hikmah.
Al-Imam Ibn Kathir menjelaskan: Dalam ayat ini Allah s.w.t memberitahu bahawa Allah menurunkan al-Quran adalah pada malam yang barkat, malam yang barkat itu adalah malam laylah al-qadr sebagaimana firman Allah:
إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya  )al-Quran) pada malam laylah al-qadr, yang demikian itu adalah pada bulan Ramadan, sebagaimana firman-Nya:

{ شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزلَ فِيهِ الْقُرْآنُ }

Bermaksud: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran. (Ibn Katir 1999, 8:445)
Dengan demikian maka penjelasan dan penetapan sesuatu perkara adalah pada bulan Ramadhan pada malam laylah al-qadr.

 Jika dikatakan penentuan sesuatu perkara itu berlaku pada malam nisfu Sha`ban maka pendapat ini adalah lemah. Kata al-Imam al-Hafiz Ibn Kathir: Sesiapa yang berkata, penentuan itu berlaku pada malam nisfu Sha`ban adalah jauh dari yang diharapkan kerana nas al-Quran menunjukkan penetepan sesuatu perkara adalah dalam bulan Ramadhan. Hadith yang menyebut:

"تقطع الآجال من شعبان إلى شعبان، حتى إن الرجل لينكح ويولد له، وقد أخرج اسمه في الموتى" (2)

Bermaksud: Ditentukan ajal dari Sha`ban hingga ke Sha`ban, sehingga seseorang itu hendak menikah dan mendapat anak, dan namanya telah dimasukkan di kalangan orang-orang yang akan mati.
Adalah hadith mursal. Hadith yang seperti ini tidak boleh menentang nas. (Ibn Katir 1999, 7: 246). Hadith mursal adalah da`if. Hadith da`if apabila bertentangan dengan nas yang qat`i al-thubut iaitu yang diyakini kebenarannya ia hendaklah ditolak. Yang perlu kepada penyelarasan (al-tawfiq/al-jam`) ialah jika nas-nas yang zahirnya bertentangan itu kedua-duanya atau semuanya sahih.
Al-Imam al-Nawawi juga menjelaskan bahawa penentuan sesuatu perkara itu adalah dalam bulan Ramadan, pada malam laylah al-qar, katanya: Para ulama berkata: Dinamakan laylah al-qar kerana malaikat menulis berhubung dengan penentunan, rezeki dan ajal (seseorang) yang berlaku pada tahun itu  berdasarkan firman Allah:

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

Bermaksud: Pada malam yang barkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara yang mempunyai hikmah.
(al-Nawawi t.t. 8: 57). Laylah al-qadr adalah dalam bulan Ramadahan , bukan bulan Sha`ban.
Do`a kita pada  malam yang penuh dengan berkat dan rahmat, dan pada malam yang ditentukan ajal dan rezeki, kebaikan dan  keburukan agar kita dapat menghidupkannya dengan sembahyang, doa, istighfar dan taubat, dan lain-lain supaya kita mendapat kebaikan, rahmat, keampunan, kebarkatan dan keredaan  dari Allah a.s.w.t. 
Penjelasan firman Allah:

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Bermaksud: Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin dari Tuhan mereka, membawa segala perkara.
Malam laylah al-qadr itu adalah malam yang selamat, sehingga terbit fajar. Ada juga ulama yang mentafsirkan pada malam itu malaikat memberi salam kepada orang yang sembahyang di masjid sehingga terbit fajar. (Ibn Katir 1999, 8:443)
Apabila telah dijelaskan bahawa malam itu adalah malam yang penuh barkat dan rahmat, para malaikat turun memenuhi bumi maka tidak hairanlah para malaikat itu mengucap salam kepada  orang yang sembahyang di masjid.
Di antara kelebihan malam laylah al-qadr juga ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ،  وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
صحيح البخاري، فضل ليلةالقدر))

Bermaksud: Sesiapa yang puasa bulan Ramadhan dengan beriman akan kebenarannya dan kelebihannya dan mengharapkan pahala semata-mata daripada Allah, diampunkan baginya dosa yang telah lalu. Dan sesiapa yang sembahyang /ibadah pada malam laylah al-qadr kerana beriman dan mengharapkan pahala semata-mata daripada  Allah diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu.

« مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ » (صحيح البخارى، الصوم)

Bermaksud: Sesiapa yang sembahyang /ibadah pada malam laylah al-qadr kerana beriman dan mengharapkan pahala semata-mata daripada  Allah diampunkan baginya dosa-dosa yang lalau.

Dari keterangan-keterangan yang telah dijelaskan menunjukkan sungguh besar kelebihan laylah al-qadr itu. Malam itu adalah malam yang telah diturunkan al-Quran padanya, Beramal ibadah pada malam laylah al-qadr adalah lebih baik dari seribu bulan yang lain. Malam itu adalah penuh dengan berkat dan rahmat. Pada malam itu dijelas dan ditentukan ajal dan rezeki. Pada malam itu para malaikat turun ke bumi, dan ada ulama mengatakan mereka memberi salam kepada orang yang sembahyang di masjid dan orang yang menghidupkan malam itu dimpunkan dosa-dosanya yang lepas.

Sungguh beruntung mereka yang beribadah di masjid pada malam laylah al-qadr itu.

Bila waktu berlaku laylah al-qadr:

Mengenai bilakah berlakunya malam laylah al-qadr itu al-Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, telah membawakan  lebih dari 40 pendapat ulamak mengenainya. al-Hafiz Ibn Hajar juga telah memberikan komen terhadap pandapat-pendapat tersebut.  

Pendapat pertama:  Ia telah diangkat. Ini merupakan pendapat Shi`ah. Pendapat ini tidak benar (dusta). Kedua: Ia hanya berlaku satu tahun sahaja pada zaman Rasulullah s.a.w.
Ketiga: Ia hanya berlaku kepada umat ini sahaja, tidak kepada umat yang sebelumnya. 
Keempat: Ia mungkin berlaku sepanjang tahun. 
Kelima: Ia khusus pada bulan Ramadan, mungkin pada semua malam-malamnya. 
Keenam: Ia berpindah-pindah pada semu bulan Ramadhan dan ia berada pada satu malam yang tertentu yang tidak diketahui. 
Ketujuh: Ia pada awal malam dari bulan ramadhan. 
Kelapan: Ia adalah malam pertengahan dari bulan Ramadhan. 
Kesembilan malam pertengahan bulan Sha`ban (malam nisfu Sha`ban). 
Kesepuluh: Malam 17 dari bulan Rmadahan. 
Kesebelas: Ia tersembunyi pada pertengahan 10 (dari bulan Ramadhan). 
Kedua belas: Ia adalah malam 18 (dari bulan Ramadan). 
Ketiga belas: Ia adalah malam 19 (dari bulan Ramadhan). 
Keempat belas: Ia adalah malam pertama dari sepuluh yang akhir (dari bulan Ramadhan). 
Kelima belas: Sama dengan yang sebelumnya, Cuma jika bulan itu sempurna ia pada malam 20, jika bulan tidak sempurna ia pada malam 21. 
Keenam belas: Malam 22. 
Ketujuh belas: Malam 23. 
Kelapan belas: Malam 24. 
Kesembilan belas: Malam 25. 
Kedua puluh: Malam 26. 
Kedua puluh satu: Malam 27. 
Kedua puluh dua: Malam 28. 
Kedua puluh tiga: Malam 29. 
Kedua puluh empat: Malam 30.  
Kedua puluh lima: Ia pada malam-malam yang ganjil 10 yang akhir. 
Kedua puluh enam: Berpindah-pindah pada 10 yang akhir. 
Kedua puluh tujuh: Yang lebih diharapkan malam 21. 
Kedua puluh lapan: Yang lebih diharapkan malam 23. 
Kedua puluh sembilan: Yang lebih diharapkan malam 27. 
Ketiga puluh: Berpindah-pindah pada tujuh yang akhir. 
Ketiga puluh dua: Berpindah-pindah pada pertengahan bulan yang akir. 
Ketiga puluh tiga: Malam 16 atau 17. 
Ketiga puluh empat: Malam 17, 19 atau 21. 
Ketiga puluh lima: Awal malam bulan Ramadan atau akhir malam. 
Ketiga puluh enam: Awal malam atau malam kesembilan, atau malam 17, atau malam 21atau akhir malam. Ketiga puluh tujuh: Malam 19,atau 21atau 23. 
Ketiga puluh lapan: Malam 23, atau 27, 
Ketiga puluh sembilan: Malam 21 atau 23, atau 25. 
Keemapat puluh: Terkandong dalam tujuh yang akhir dari bulan Ramadan. 
Keempat puluh satu: Malam 22 atau 23. 
Keempat puluh dua: Pada pertenghan 10 yang genap dan 10 yang akhir. 
Keempat puluh tiga: Malam yang ketiga dari 10 yang akhir atau yang kelima darinya. Malam yang ketiga mungkin 23, mungkin 27. 
Keempat puluh empat: Pada tujuh atau lapan dari awal pertengahan kedua (16-23). 
Keempat puluh lima: Pada awal malam atau akhir malam atau malam gangil. Setengah-setengah pendapat itu boleh dimasukkan kepada yang lain. (Ibn Hajar t.t. 4: 263-266).

Kata al-Hafiz Ibn Hjar lagi: Yang paling rajih ia adalah pada malam yang ganjil dari 10 yang akhir, dan ianya berpindah-pindah, tidak tetap. Yang lebih diharapkan dari malam-mlam yang ganjil itu pula menurut ulamak-ulamak mazhab al-Shafi`i ialah malam 21 atau malam 23, dan yang lebih diharapkan menurut kebanyakan ulamak ialah malam 27. Para ulamak berkata: Hikmat disembunyikan malam laylah al-qadr itu ialah supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencarinya, bersalahan jika ditentukan satu malam tertentu nescaya hanya mencari pada malam itu sahaja.

Menurut  al-Hafiz Ibn Hajar lagi: Ada berlaku khilaf di kalangan ulamak samada orang yang mendapat malam laylah al-qadr itu dia mendapat tanda atau tidak, seperti ada dikatakan dia melihat segala sesuatu sujud, ada dikatakan juga dia melihat cahaya pada  tempat-tempat yang tinggi sekalipun tempat itu gelap, ada dikatakan juga dia mendengar salam dari malaikat atau ada dikatakan juga doanya diperkenankan. Apa yang dipilih oleh al-Tabri ialah itu semua  bukan satu kepastian, tidak disyaratkan bahawa orang yang mendapat laylah al-qadr itu dia melihat sesuatu atau mendengarnya. Para ulama juga ada khilaf, adakah mendapat pahala yang agong sebagaimana yang dijanjikan, bagi orang yang mendapatkannya sekalipun dia tidak mendapat sebarang tanda, atau pahala yang amat agong sebagaimana yang dijanjikan itu diberikan kepada orang yang ditunjukkan tanda kepadanya? Menurut al-Tabri, al-Mahlab, Ibn al-`Arabi dan sekumpulan ulamak adalah kepada yang pertama, iaitu tidak perlu kepada mendapat tanda, manakala ulamak yang lebih ramai kepada yang kedua, iaitu dia mendapat tanda. Menurut al-Hafiz Ibn Hajr: Pada pandangankau yang rajihnya ialah yang kedua sekalipun aku tidak mengingkari bahawa pahala yang  besar bagi orang yang menghidupkan bertujuan untuk mendapat laylay al-qadr sekalipun dia tidak mengetahui akan laylah al-qadr dan dia tidak mendapatkannya. Apa yang dibincangkan di sini ialah  dari segi mendapat pahala yang tertentu sebagai mana yang dijanjikan. (Ibn Hajar t.t. 4: 266-267).

Dari apa yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ibn Hajar di atas menunjukkan bahawa, adalah pahala yang besar bagi orang yang beribadah untuk mendapatkan laylah al-qadr sekalipun dia tidak mengetahuinya dan dia tidak mendapatkannya. Adapun bagi orang yang mendapatkannya dan dia mengetahui dia mendapatnya maka dia mendapat pahala sebagimana yang dijanjikan.

Menurut pandangan penulis yang amat da`if lagi amat kerdil ini, pandangan al-Imam al-Tabari dan lain-lain hendaklah juga diambil perhatian, iaitu harus juga seseorang itu mendapat laylah al-qadr dan mendapt pahala sebagiman yang dijanjikan, sekalipun dia tidak mengetahuinya dan tidak dinampakkan tanda kepadanya. Mungkin orang itu tidak mengetahui yang dia dapat dan tidak diberikan tanda kepadanya kerana itulah yang lebih baik baginya. Apa yang penting ialah al-istiqamah. Maksud al-istiqamah ialah seseorang itu terus berada di jalan yang benar, sedikit pun tidak melencong. Dengan lain perkataan berterusan sampai mati melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya, kerana al-istiqamah itu adalah merupakan satu pemberian yang amat agong  daripada Allah samada orang itu diberikan karamah atau tidak, samaada dia diberikan tanda mendapat laylah al-qadr atau tidak.

Di bawah ini penulis hanya membawakan beberapa hadith sahaja mengenai kelebihan malam 10 yang akhir bulan Ramadan. Antaranya:
قالت عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
(صحيح مسلم )

Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh pada 10 malam yang akhir apa yang Baginda tidak lakukan pada yang lainnya.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
صحيح مسلم))

Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Apabila masuk 10 yang akhir dari bulan Ramadan Baginda menghidupkan malam itu dan membangunkan keluarganya dan bersungguh-bersungguh (beribadah). 

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ (صحيح البخاري )

Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. beri`tikaf di masjid pada 10 yang akhir dari bulan Ramadan, dan bersabda: Berusaha sungguh-sungguhlah untuk mendapatkan laylah al-qadr pada 10 yang akhir dari bulan Ramadan.

- عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
صحيح البخاري )-)

Bermaksud: Daripada `Aisah r.a.`. katanya: Bahawa Rasulullah bersabda: Berusaha sungguh-sungguhlah untuk mendapatkan laylah al-qadr  pada malam yang ganjil dari 10 yang akhir bulan Ramadan.

- عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رِجَالًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْمَنَامِ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ
(صحيح البخارى)

Bermaksud: Daripada Ibn Umar r.a.`. bahawa beberapa orang sahabat Nabi s.a.w. mereka diperlihatkan laylah al-qadr dalam mimpi pada tujuh yang akhir, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Aku berpendapat mimpi kamu sesungguhnya telah menepati pada tujuh yang akhir dari bulan Ramadan, maka sesiapa yang bersungguh-sunguh mencarinya maka dia hendaklah bersungguh-sungguh mencarinya pada tujuh yang akhir dari bulan Ramadan.
Dari nas-nas yang dipaparkan menunjukkan lebih kuat Laylah al-qadr itu berlaku pada malam 10 yang akhir dalam bulan Ramadan. Dari 10 malam yang akhir itu pula lebih diutamakan pada malam-malam yang ganjil.

Tanda-tanda pada waktu malam dan pagi laylah al-qadr.
Antara riwayat-riwayat mengenainya:

عن أُبَيٌّ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ أَيُّ لَيْلَةٍ هِيَ
هِيَ اللَّيْلَةُ الَّتِي أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقِيَامِهَا هِيَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِي صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لَا شُعَاعَ لَهَا
صحيح مسلم - (4 / 150)

Bermaksud: Daripada `Ubay, demi Allah, aku mengetahui malam apa ia, ia adalah malam yang Rasulullah s.a.w. menyuruh kita menghidupkannya iaitu malam subuh 27. Tandanya matahari terbit pada subuh harinya tiada pancaran (sinaran yang kelihatan seperti benang) baginya.

Riwayat yang lain:

عن أُبَيٌّ
، وهي طلقة بلجة  لا حارة ولا باردة كأن فيها قمرا يفضح كواكبها، لا يخرج شيطانها حتى يخرج فجرها" )
صحيح ابن حبان - (8 / 444)

Menurut al-Arnawut, hadith di atas hukumnya sahih berserta dengan shawahidnya.(al-Arnawut t.t. 8: 444)
 Bermaksud: Daripada `Ubay, malam yang bercahaya (mushriqah), tidak panas dan tidak sejuk, seolah-oleh pada malam itu tedapat bulan yang mengingkap bintang-bintanhnya, tidak keluar syatannya sehingga keluar fajarnya.
Riwayat lain

وقال رسول الله صلى الله عليه و سلم إن أمارة ليلة القدر أنها صافية بلجة كان فيها قمراساطعا ساكنة ساجية لا برد فيها ولا حر ولا يحل لكوكب أن يرمي به فيها حتى تصبح وإن إمارتها أن الشمس صبيحتها تخرج مستوية ليس لها شعاع مثل القمر ليلة 
  البدر ولا يحل للشيطان أن يخرج معها يومئذ
 تعليق شعيب الأرنؤوط : الشطر الأول من الحديث حسن وأما الشطر الثاني فمحتمل 
 للتحسين لشواهده وإسناد هذا الحديث ضعيف
مسند أحمد بن حنبل - (5 /324)

Bermaksud: Rasulullah bersabda, bahawa tanda malam laylah al`-qadr itu ia bersih dan bercahaya, seolah-oleh terdapat pada malam itu bulan yang bercahaya, tenang, tiada ribut, tidak panas dan tidak sejuk, tiada bintang yang merejam pada malam itu sehingga waktu Subuh. Dan tandanya bahawa matahari pada waku paginya keluar dengan sempurna tiada pancaran baginya, seperti bulan purnama, dan ketika itu tidak boleh bagi syatan keluar bersama-samanya.
Riwayat lain:     
                                                                                                                                                                                 
عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم و إن الملائكة تلك الليلة أكثر في الأرض من عدد الحصى
 قال الألباني : إسناده حسن وبيانه في الصحيحة 2205
صحيح ابن خزيمة - (3 / 332)

Bermaksud:Daripada Abu Hurayrah katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:… Dan malaikat pada malam itu berada di bumi lebih banyak dari bilangan batu-batu kecil.  
Dari apa yang dipaparkan menunjukkan laylah alqadr itu pada malamnya, tidak gelap, bercahaya, seolah-olah terdapat bulan yang bercahaya, tenang, tiada ribut petir, tidak panas dan tidak sejuk, dan tiada rejaman bintang sehingga waktu Subuh, manakala pada waktu paginya pula matahari terbit dan tiada sinaran panas, sama seperti bulan purnama. Wa Allah a`lam.

Harapan dan doa

Marilah sama-sam kita berdoa kepada Allah agar Allah memberi kekuatan kepada kita dapat menghidupkan malam laylah al-qadr dan Allah mengurniakan kepada kita mendapatkannya.

وبالله التوفيق والهداية
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه  اجمعين.  والحمد لله رب العالمين.


Rujukan
Al-Quran al-Karim
Abu al-Su`ud, Muhammad bin Muhammad al-`Imadi.T.T. Irshad a-`Aql al-Salim `Ila Mazaya al-Quran al-Karim. Al-Qahirah: Maktabah Muhammad `Ali Subayh.
Ahmad bin Hambal. 1999/1420. Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, tahqiq al-Arnawut. Muassasah al-Risalah
Al-Arnawut, Shu`ayb. T.T. Tahqiq Shaih Ibn Hibban. Muassasah al-Risalah. Al-Maktabah al-Shamilah.
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail di dalam Ibn Hajar, T.T. Sahih al-Bukhari di dalam Fath al-Bari. al-Qahirah:Al-Maktabah al-salfiyyah.
Muslim bin al-Hajjaj. 1955/1374. Sahih Muslim, tahqiq Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Al-Qahirah: ‘Isa al-Babi al-Halabi.
Al-Hakim, Muhammad bin `Abd Allah. 1990/1411. Al-Mustadrak `Ala al-Sahihayn. ma`a ta`liqat al-Dhahabi Fi al-Talkhis. Bayrut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
Ibn Abi Shaybah, Abd Allah bin Muhammad. T.T. Musannaf Ibn Abi Shaybah. Al-Mktabah al-Shamilah.
Al-Nasa’i, Ahmad bin Shu’ayb. 1991/1411. . al-Sunan al-Kubra,tahqiq Dr. Abda al-Ghaffar Sulayman. Bayrut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
Al-Nawawi, Yahya bin Sharaf. T.T. Sharh al-Nawawi `Ala Sahih Muslim. Al-Qahirah: al-Matba`ah al-Misriyyah Wa Maktabatuha.
Ibn Hajar al-`Asqalani, Ahmad bin `Ali. T.T. Fath al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari. Al-Maktabah al-Salafiyyah.
Ibn Hibban, Muhammad bin Hibban. T.T. Sahih Ibn Hibban Bi Tartib Ibn Balaban, tahqiq Shu`yab al-Arnawut. Muassasah al-Risalah.
Ibn Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir. 1999/1420. Tafsir al-Quran al-`Azim. Dar Tayyibah Li al-Nashr Wa al-Tawzi`.
Al-Tabarani, Sulayman bin Ahmad. 1983/1404. Al-Mu`jam al-Kabir, tahqiq Hamdi bin Abd al-Hamid. Al-Musil: Maktabah al-`Ulum Wa al-Hikam


Selasa, 23 Julai 2013

RAMADHAN KAREEM




Dari Abu Hurairah berkata : Berkata Rasulullah saw awal ramadhan itu Rahmat , Pertengahannya Maghfirah dan penghujungnya (akhirnya) kebebasan dari azab abi neraka "

Kartun-kartun comel ini memberikan kita makna yang tersirat sepanjang kita melaksanakan ibadah Ramadhan di Fasa kedua Ramadhan ini.
 












nanti kami paparkan untuk hari ke 21-30

Isnin, 22 Julai 2013

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN 1434H/2013M


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

“ Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).”
 (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


(17 ramadhan 1434H/26 Julai 2013 .ulangtahun peristiwa nuzul al-Quran)

KELEBIHAN SOLAT BERJAMAAH

13 Kelebihan Solat Berjemaah

Suntingan Oleh Mohd Zailani Ridzwan
Masjid Rinching Hilir Bangi

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.


Sembahyang fardhu lima waktu adalah merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Orang yang meninggalkan sembahyang maka telah robohlah  satu daripada rukun Islam daripada dirinya. Sembahyang fardhu itu sebaik-baiknya hendaklah dikerjakan dengan berjamaah. Bagi mereka yang mengerjakan sembahyang fardhu dengan berjamaah mendapat kelebihan yang amat besar.

Di antara kelebihan-kelebihan mengerjakan sembahyang fardhu dengan berjamaah ialah:

Pertama.

Sesiapa yang dapat bersama imam pada takbir pertama selama 40 hari dia terlepas daripada api neraka dan dari menjadi orang munafik

 Sabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِى جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنَ النِّفَاقِ. قَالَ أَبُو عِيسـَى وَقَدْ رُوِىَ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ أَنَسٍ مَوْقُوفًا وَلاَ أَعْلَمُ أَحَدًا رَفَعَهُ إِلاَّ مَا رَوَى سَلْمُ بْنُ قُتَيْبَةَ عَنْ طُعْمَةَ بْنِ عَمْرٍو عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِى ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ. (سنن الترمذى، الصلاة)

Bermaksud: Sesiapa yang sembahyang kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik.
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa orang yang dapat berjemaah bersama-sama imam dari takbir pertama hingga akhir sembahyang selama 40 hari dilakukan semata-mata kerana Allah dia terselamat daripada dua perkara iaitu terselamat daripada neraka dan terselamat daripada menjadi munafik. Dengan itu marilah kita berusaha untuk mendapatkan kelebihan ini.

Kedua.

Banyak  langkah menuju ke masjid untuk berjama`ah menghapuskan dosa dan meninggikan darjat.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ. قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ «إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ فَذَلِكُمُ الرِّبَاط». (صحيح مسلم، الطهارة)

Bermaksud: Tidakkah aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat? Para sahabat menjawab, “Ya, wahai Rasulullah”, sabda Baginda: “Banyak langkah ke masjid dan  menunggu satu sembahyang selepas satu sembahyang. Itu adalah ikatan”. 

Hadis ini menunjukkan kepada kelebihan banyak langkah ke masjid dan kelebihan menunggu satu sembahyang setelah menunaikan satu sembahyang, dan sekali gus menunjukkan kelebihan sembahyang berjemaah. Dalam nas yang lain Baginda menegah sahabat yang hendak berpindah ketempat yang berhampiran dengan masjid dengan meninggalkan tempat kediaman yang lama.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ خَلَتِ الْبِقَاعُ حَوْلَ الْمَسْجِدِ فَأَرَادَ بَنُو سَلِمَةَ أَنْ يَنْتَقِلُوا إِلَى قُرْبِ الْمَسْجِدِ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ لَهُمْ «إِنَّهُ بَلَغَنِى أَنَّكُمْ تُرِيدُونَ أَنْ تَنْتَقِلُوا قُرْبَ الْمَسْجِدِ». قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَرَدْنَا ذَلِكَ. فَقَالَ «يَا بَنِى سَلِمَةَ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ». (صحيح البخارى، المساجد)

Bermaksud: Daripada Jabir bin Abd Allah katanya: Kawasan di sekeliling masjid telah lapang, oleh itu Banu Salamah hendak berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan masjid, maka perkara ini sampai kepada Rasulullah s.a.w. maka sabdanya: Bahawasanya sampai kepadaku berita bahawa kamu hendak berpindah ke kawasan yang hampir masjid. Mereka menjawab, “Ya, wahai Rasulullah, kami hendak demikian”. Jawab Baginda:“Wahai Bani Salamah! Rumah kamu, (jangan pindah) kesan-kesan tapak kaki kamu (ke masjid) ditulis, rumah kamu (jangan pindah), kesan-kesan tapak kaki kamu ke masjid ditulis”.

Hadis ini menunjukkan kelebihan pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah, di mana setiap langkah adalah mendapat pahala dari Allah s.w.t.


Ketiga.

Orang yang keluar dari rumahnya untuk menunaikan sembahyang berjamaah mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakan haji.
Sabda rasulullah s.a.w.

 مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لاَ يُنْصِبُهُ إِلاَّ إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ وَصَلاَةٌ عَلَى أَثَرِ صَلاَةٍ لاَ لَغْوَ بَيْنَهُمَا كِتَابٌ فِى عِلِّيِّينَ. (سنن أبى داود، الصلاة)

Bermaksud: Siapa yang keluar dari rumahnya dengan keadaan bersuci menuju kepada sembahyang fardhu maka pahalanya seperti pahala orang haji yang berihram dan sesiapa yang keluar hanya semata-mata untuk tasbih al-Duha maka pahalanya seperti pahala orang yang mengerjakan umrah. Satu sembahyang selepas satu sembahyang, tiada melakukan perkara sia-sia di antara kedua-duanya ditulis pada kalangan orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi.

Keempat.

Orang yang sembahyang berjamaah Allah ampunkan dosanya.
Sabda Rasulullah s.a.w.

مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلاَّهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَع
الْجَمَاعَةِ أَوْ فِى الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ. )صحيح مسلم، الطهارة)

Bermaksud: Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan sembahyang lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid untuk sembahyang fardhu kemudian dia pun bersembahyang berserta dengan orang ramai, atau berjemaah atau dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.

Maksud dosa-dosa di sini adalah dosa kecil kerana dosa besar memerlukan kepada taubat atau keampunan dari Allah.

Kelima.

Orang yang sentiasa sembahyang berjamaah di masjid mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. pada Hari Kiamat.

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ الإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّى أَخَافُ اللَّهَ. وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ. (صحيح لبخاري، الأذان)

Bermaksud: Tujuh golongan manusia yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali dari-Nya, iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup di dalam beribadah kepada Allah,  seorang  yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berhimpun kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan jelita (untuk melakukan maksiat) lalu dia berkata: “Aku takutkan Allah”, seorang yang bersedekah secara senyap-senyap sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya dan seorang yang mengingati Allah bersendirian sehingga berlinangan air kedua matanya. 
  
Orang yang hatinya sentiasa teringat kepada masjid ialah orang yang menunaikan sembahyang berjemaah setiap waktu. Apabila dia keluar dari masjid hatinya sentiasa ingat akan datang semula ke masjid untuk menunaikan jemaah fardhu yang berikutnya. Orang ini akan mendapat perlindungan dari Allah di akhirat nanti di mana di waktu itu tiada perlindungan kecuali hanya perlindungan dari-Nya sahaja. Ini merupakan kelebihan yang amat besar kepada orang yang sentisa mengerjakan sembahyang fardhu dengan  berjemaah di masjid. 

Keenam.

Orang yang sembahyang berjamaah di masjid Allah sediakan baginya hidangan di syurga setiap kali dia pergi dan balik.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنَ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ. (صحيح البخارى، الأذان)

Bermaksud:  Sesiapa yang pergi ke masjid dan balik (dari masjid), Allah sediakan baginya hidangan  dari syurga setiap kali dia pergi dan balik.


Ketujuh.

Allah memberi jaminan syurga kepada orang yang pergi sembahyang berjamaah di masjid.

ثَلاَثَةٌ كُلُّهُمْ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ رَجُلٌ خَرَجَ غَازِيًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُ فَيُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ يَرُدَّهُ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ وَغَنِيمَةٍ وَرَجُلٌ رَاحَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُ فَيُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ يَرُدَّهُ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ وَغَنِيمَةٍ وَرَجُلٌ دَخَلَ بَيْتَهُ بِسَلاَمٍ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. (سنن أبى داود، الجهاد)

Bermaksud: Tiga golongan semuanya dijamin oleh Allah, seorang yang keluar berperang pada jalan Allah maka Allah jamin sehingga Allah mematikannya lalu dia masuk syurga atau dia kembali dengan memperolehi pahala dan harta rampasan perang. Seorang yang pergi ke masjid maka Allah jamin hingga Allah mematikannya lalu dimasukkan ke dalam syurga atau Allah mengembalikannya dengan mendapat pahala dan ghanimah  dan seorang yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam  maka Allah jamin ke atasnya.

Di antara apa yang terkandung dalam hadith di atas ialah jaminan daripada Allah s.w.t bahawa orang yang pergi ke masjid untuk sembahyang berjamaah dia dimasukkan ke dalam syurga-Nya.

Kelapan.

Orang yang pergi ke masjid di waktu yang  gelap dia mendapat cahaya yang sepenuhnya pada Hari kiamat.
Sabdanya Rasulullah s.a.w. :

لِيَبْشَرِ الْمَشَّاءُونَ فِى الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِنُورٍ تَامٍّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (سنن ابن ماجه، المساجد والجماعات)

Bermaksud: Hendaklah bergembira orang-orang yang berjalan kaki dalam gelap menuju ke masjid mereka akan mendapat cahaya cukup sempurna pada Hari Kiamat.
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menerangkan kelebihan orang yang berjalan kaki di waktu gelap menuju ke masjid. Mereka ini akan mendapat cahaya yang amat terang pada hari Kiamat. 

Kesembilan

Allah amat gembira kepada orang yang bersedia hendak pergi ke masjid menunaikan sembahyang dan zikir.

مَا تَوَطَّنَ رَجُلٌ مُسْلِمٌ الْمَسَاجِدَ لِلصَّلاَةِ وَالذِّكْرِ إِلاَّ تَبَشْبَشَ اللَّهُ لَهُ كَمَا يَتَبَشْبَشُ أَهْلُ الْغَائِبِ بِغَائِبِهِمْ إِذَا قَدِمَ عَلَيْهِمْ. (سنن ابن ماجه، المساجد والجماعات)

Bermaksud: Seseorang lelaki muslim yang bersedia ke masjid untuk bersembahyang dan berzikir, Allah gembira kepadanya sebagaimana keluarga orang yang pergi, gembira apabila orang yang pergi itu balik  kepada mereka.
Hadis ini menunjukkan bahawa Allah amat gembira kepada orang yang pergi ke masjid.

Kesepuluh.

Orang yang sembahyang Subuh berjamaah seolah-olahnya dia sembahyang sunat seluruh malam dan orang yang sembahyang Isyak berjamaah seolah-olahnya dia menghidupkan separuh malam.
Sabda Rasulullah s.a.w.

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
صحيح مسلم)

Bermaksud: Sesiapa yang sembahyang Isyak pada satu jamaah seolah-olahnya dia sembahyang  separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang Subuh pada satu jamaah seolah-olahnya dia sembahyang seluruh malam.

Kesebelas.

Pergi masjid awal dan mendapat saf pertama adalah mempunyai kelebihan yang amat besar.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِى النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِى التَّهْجِيرِ لاَسْتَبَقُوا إِلَيْهِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِى الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا. (صحيح البخارى، الأذان)

Bermaksud: Kalaulah manusia mengetahui apa yang terdapat dalam seruan azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapatinya kecuali dengan cara undian nescaya mereka akan melakukannya. Kalau manusia mengetahui kelebihan pergi awal untuk menunaikan sembahyang nescaya mereka akan bersegera, dan sekiranya manusia mengetahui apa yang ada pada sembahyang isyak dan subuh berjemaah nescaya mereka akan menghadirinya walau dengan mengisut.

Di antara kandungan nas di atas adalah menunjukkan kepada kelebihan yang ada pada azan, saf pertama dan datang awal ke masjid.

Kedua belas

Jamaah sembahyang fardu yang lebih ramai adalah yang lebih disukai Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَوْمًا الصُّبْحَ فَقَالَ «أَشَاهِدٌ فُلاَنٌ». قَالُوا لاَ. قَالَ «أَشَاهِدٌ فُلاَنٌ». قَالُوا لاَ. قَالَ «إِنَّ هَاتَيْنِ الصَّلاَتَيْنِ أَثْقَلُ الصَّلَوَاتِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ وَلَوْ تَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأَتَيْتُمُوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الرُّكَبِ وَإِنَّ الصَّفَّ الأَوَّلَ عَلَى مِثْلِ صَفِّ الْمَلاَئِكَةِ وَلَوْ عَلِمْتُمْ مَا فَضِيلَتُهُ لاَبْتَدَرْتُمُوهُ وَإِنَّ صَلاَةَ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلاَتِهِ وَحْدَهُ وَصَلاَتُهُ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلاَتِهِ مَعَ الرَّجُلِ وَمَا كَثُرَ فَهُوَ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى». (سنن أبى داود، الصلاة)

Bermaksud: Daripada Aubay bin Ka`b katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersembahyang Subuh bersama-sama kita, lalu sabdanya: Adakah si pulan hadir? Para sahabat menjawab tidak. Tanya Baginda lagi, Adakah si pulan hadir? Para sahabat menjawab tidak. Sabda Baginda: Bahawasanya dua sembahyang ini adalah sembahyang yang paling berat ke atas orang munafikin. Jikalau kamu mengetahui apa yang ada pada kedua-duaya nescaya kamu akan datang menunaikan kedua-duanya walau dengan mengisut. Bahawasanya saf yang pertama adalah menyerupai saf malaikat, dan jikalau kamu mengetahui apa kelebihannya nescaya kamu bersegera kepadanya. Dan bahawasanya sembahyang seorang bersama dengan seorang lain lebih baik dari sembahyangnya seorang diri, dan bersembahyangnya bersama dengan dua orang lain lebih baik dari bersembahyang dengan seorang lelaki, dan yang banyak maka lebih disukai oleh Allah s.w.t.

Di antara apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith di atas ialah Allah lebih suka kepada jamaah sembahyang yang lebih ramai.

Ketiga belas

Orang yang menunggu di tempat sembahyangnya bagi menunaikan sembahyang berjamaah adalah dikira sebagai mengerjakan sembahyang.
Sabda Rasulullah s.a.w.:   

 لاَ يَزَالُ الْعَبْدُ فِى صَلاَةٍ مَا كَانَ فِى مُصَلاَّهُ يَنْتَظِرُ الصَّلاَةَ وَتَقُولُ الْمَلاَئِكَةُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ. حَتَّى يَنْصَرِفَ أَوْ يُحْدِثَ ». قُلْتُ مَا يُحْدِثُ قَالَ يَفْسُو أَوْ يَضْرِطُ. (صحيح مسلم، المساجد )

Bermaksud: Seseorang hamba Allah itu dikira dalam sembahyang selama dia berada di tempat sembahyangnya kerana menunggu sembahyang, dan berkata Malaikat: “Ya Allah, ampuni dosanya dan rahmatilah dia sehingga dia beredar atau dia berhadas”.

Hadith di atas menunjukkan bahawa seseorang yang duduk di tempat sembahyangnya bagi menunggu sembahyang fardhu dia dikira mengerjakan sembahyang, di samping para malaikat berdoa untuknya.

Apabila  telah jelas bagi kita kelebihan sembahyang berjamaah yang begitu  besar maka janganlah kita lengah-lengah lagi dari menunaikan sembahyang berjamaah di masjid atau di surau, iaitu tempat yang dibangunkan untuk beribadah kepada Allah, dilaungkan azan  bagi sembahyang fardu lima waktu dan seterusnya didirikan sembahyang fardu lima waktu padanya.


وبالله التوفيق والهداية.
 وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. والحمد لله رب العالمين.